Sunday, January 13, 2013

Proforma PIM PISMP IPG SEMESTER 1-8


Dapatkan proforma PIM anda!

PIM 3101 Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam
PIM 3102 Pedagogi Pendidikan Islam
PIM 3103 Pendidikan al-Quran Sekolah Rendah
PIM 3104 Pendidikan Aqidah Sekolah Rendah
PIM 3105 Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah
PIM 3106 Pendidikan Sirah Sekolah Rendah
PIM 3107 Pendidikan Akhlak Sekolah Rendah
PIM 3108 Pendidikan Jawi Sekolah Rendah
PIM 3109 Pengurusan Sumber dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam
PIM 3110 Penilaian dalam Pendidikan Islam
PIM 3111 Profesionalisme Guru Pendidikan Islam
PIM 3112 Pengajian Aqidah
PIM 3113 Kajian Tindakan 1 (Kaedah Kajian)
PIM 3114 Pengajian Fiqh
PIM 3115 Kajian Tindakan 2 (Pelaporan)

Sila klik link di bawah ini:

PROFORMA PIM IPG LENGKAP SEMESTER 1-8

PIM SIRAH: Perbandingan Sirah Dan Sejarah


Perbandingan Sirah Dan Sejarah


Sebagaimana yang telah dijelaskan melalui perbincangan sebelum ini, sirah merupakan suatu kajian yang berkisar tentang perjalanan kehidupan insan mulia Nabi Muhammad SAW.  Berlainan pula halnya dengan sejarah, dari segi makna dan definisi bahasa ianya tidak jauh beza dengan definisi sirah yang baru dijelaskan sebentar tadi iaitu peristiwa penting yang sudah berlaku pada masa lampau yang dapat dijadikan iktibar dan pedoman untuk masa akan datang.  Namun, dari segi definisi istilahnya, sejarah dan sirah dapat difahami dengan makna yang berbeza.  Ini kerana, sejarah merangkumi sesuatu yang umum dan tidak dispesifikasikan kepada seseorang individu yang terlibat sebagaimana halnya dengan sirah. 

       Sirah ditegaskan sekali lagi secara khususnya mengkaji tentang latar belakang kehidupan ataupun biografi Rasulullah SAW manakala sejarah hanya meneliti dan mengkaji peristiwa-peristiwa yang dianggap penting dan bermakna.  Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa pengkhususan bidang kajian dalam dua aspek ini dapat dibezakan dan difahami.


SIRAH
ASPEK
SEJARAH
Saraha bermaksud perjalanan hidup
DEFINISI
Syajarah ataupun syajaratun bermaksud pokok
Kajian tertumpu kepada perjalanan dan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.  Kajian juga menekankan sifat peribadi dan akhlak junjungan mulia Nabi Muhammad SAW serta cara baginda menjalani kehidupan seharian yang boleh diteladani


BIDANG KAJIAN
Kajian mengenai peristiwa-peristiwa yang dianggap penting yang berlaku pada masa lampau.  Lebih berfokuskan kepada perkembangan peradaban ataupun tamadun sesuatu zaman yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran
Al-Quran, as-Sunnah
SUMBER KAJIAN
Primer, Sekunder, Lisan
Khusus mengenai kajian seseorang individu iaitu Rasulullah SAW

SIFAT
Umum mengenai peristiwa-peristiwa penting masa lampau
Tidak boleh berubah kerana terdapat peristiwa yang telah tercatat di dalam al-Quran dan as-Sunnah
KEDUDUKAN FAKTA
Fakta boleh berubah dengan adanya sumber ataupun bukti yang lebih awal atau jelas dari sumber sebelumnya

Jadual 1 : Perbandingan Antara Sirah dan Sejarah

            Melalui jadual perbandingan di atas, dapatlah dilihat bahawa sirah dan sejarah terdapat perbzaannya yang tersendiri melalui aspek-aspek tertentu.  Perbezaan pertama yang dapat dilihat secara jelas ialah dari segi definisi kedua perkataan iaitu sirah dan sejarah yang mempunyai maksud yang berbeza meskipun hampir sama.

            Selain itu, perbezaan antara dua aspek ini juga dapat dilihat dengan jelas melalui kajian bidang.  Ini kerana, sirah lebih spesifik dan tertumpu kepada penceritaan dan kajian mengenai cara dan latar belakang kehidupan peribadi Rasulullah SAW bermula dari awal kelahirannya sehingga kewafatan baginda serta perjalanan dakwah Baginda untuk menyebarkan Islam yang tercinta.  Sejarah pula mencatatkan peristiwa-peristiwa penting yang bermakna melalui bukti-bukti dan rujukan yang kukuh. Sejarah juga lebih memfokuskan kepada perkembangan sesbuah tamadun dan keruntuhannya serta perkara-perkara yang boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada masyarakat lain. Terdapat juga perbezaan antara keduanya dari segi sumber kajian iaitu sirah diambil daripada sumber al-Quran yang tenyata benar, hadis-hadis yang sahih dan juga kitab-kitab sirah karangan tokoh-tokoh sejarawan Islam yang terkenal.  Sejarah pula lebih mengambil sumber berdasarkan sumber primer iaitu peninggalan bahan-bahan sejarah dahulu contohnya seperti dokumen-dokumen, artifak dan sebagainya.  Ia juga menggunakan sumber sekunder iaitu sumber berdasarkan hasil penyelidikan dan kajian tokoh-tokoh sejarawan lama yang mengkaji sesuatu peristiwa tersebut.  Selain itu, sejarah juga mengambil sumber kajian berdasarkan sumber lisan daripada orang-orang yang mengetahui dengan jelas dan mempunyai pengalaman dan pandangan sendiri berkaitan dengan peristiwa sejarah yang hendak dikaji.

            Dari segi aspek kedudukan fakta, sirah merupakan sebuah catatan yang benar dan sahih kerana ia merupakan perkara yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan tidak mungkin berubah dan ditokok tambah.  Hal ini jelas membuktikan bahawa amat sukar untuk membuat penyelewengan terhadap sirah kerana rujukan yang diambil adalah berdasarkan sumber yang kukuh seperti al-Quran dan as-Sunah.  Berlainan pula dengan sejarah, ia boleh berubah mengikut masa.  Ini bermaksud, apabila terdapat sesuatu bukti ataupun sumber yang lebih benar dan tepat daripada sumber dan bukti yang digunakan sebelumnya, maka fakta sejarah tersebut boleh diubah mengikut bukti dan penemuan kebenaran yang baru.

            Demikianlah sedikit sebanyak perbandingan antara sirah dan sejarah  yang mampu untuk dihuraikan sebentar tadi.  Sememangnya kebanyakan orang akan berpendapat bahawa sirah dan sejarah mempunyai maksud yang sama dan cuma berbeza dari sudut penggunaan istilah zahir.  Oleh yang demikian, perlunya kajian yang lebih terperinci di antara dua aspek ini iaitu sirah dan sejarah agar semua pihak mampu memahaminya dengan lebih mendalam dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian berkaitan dengan pengajaran dan teladan yang dapat diambil sebagai panduan hidup pada masa kini dan masa hadapan.

Saturday, January 12, 2013

Contoh Cerakin Tajuk Sirah Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR



*Yang kat bawah ni adalah contoh cerakin tajuk Sirah Pendidikan Islam Yang diajar untuk  murid 
Tahun 2 KSSR 
* ringkas je

فريستيوا حجر  الأسواد
فركهوينن نبي
فكرجاءن نبي

- مثبوت فغنلن حجرالأسود.

- مثاتاكن سواسان مشاركت عرب كتيك برلاكوث فربوتن ملتقكن  حجر الأسود.

-  مثبوت نام فواق عرب يغ برسليسيه فهم تنتغ ملتقكن حجر الأسود:
i     بني قريش.
ii     بني عوف.
iii    بني عبد الدار.
   بني مخزوم               
       
- مثاتاكن سبب۲ نبي محمد  دفيليه منجادي حاكيم.

منرغكن خارا رسول الله مغحاكيمي فرلتقكن حجرالأسود.

مثبوت صفة2  رسول الله سماس فريستيوا  فرتليغكهن فرلتقكن   حجرالأسود:
i    عاديل.
ii   بيجقسان.
iii   صبر.

- مثبوت كلبيهن مغوخوف حجرالأسود

- مثاتاكن سجاره فركهوينن نبي دغن خديجه.

- مثاتاكن صفة  نبي سباضاي ساءورغ سوامي.

- مثنارايكن نام انق۲ نبي.

- مثاتاكن ببراف نام ايستري نبي يغ لاءين سلفس فركهوينن دغن  خديجه.

-   مثاتاكن اعتبار درفد فركهوينن نبي محمد
- مثاتاكن فكرجاءن نبي سماس كخيل مغيكوت فريغكت عمور.
:مغمبالا كمبيغ.
:ممبنتو باف ساودارا برنياض.

-  مثاتاكن فكتور۲ يغ مندوروغ نبي منجالنكن فكرجاءن.

مثاتاكن اخلاق نبي دالم ملقساناكن فكرجاءن.

-  منجلسكن اعتبار يغ بوليه دامبيل درفد خارا نبي بكرجا







Contoh RPM PI (Rancangan Pengajaran Mingguan)



رانخغن فغاجرن ميغضوان

هاري
ماس
تاهون
ماتا فلاجرن
تاجوق
خاتتن
اثنين
7.30-8.30 فاضي



8.30-9.30 فاضي

11.00- 12.00 تغاهاري
2 بيجاق



2 خردس


3 اوغضول
فنديديقن إسلام



فنديديقن إسلام


فنديديقن سني
اسوهن تلاوة القرءان ( اية باخاءن :  سورة الإخلاص)

سيرة (فكرجاءن نبي سبلوم منجادي رسول)

ممبوات كولاج

ثلاث
9.00-10.00 فاضي

11.00- 12.00 تغاهاري
2 بيجاق


1 فينتر
فنديديقن إسلام


فنديديقن سني

جاوي / اخلاق


ممبوات خاف خورق

رابو
10.00-11.00 فاضي
2 خردس
فنديديقن إسلام
اسوهن تلاوة القرءان (اية كفهمن )


خميس
8.00-9.00 فاضي

2 بيجاق

فنديديقن إسلام

عبادة ( صلاة )

جمعة
9.00-10.00 فاضي

10.30-11.30 فاضي

2 خردس


4 خليق
فنديديقن إسلام


فنديديقن سني

جاوي / اخلاق


ممبوات اثامان

Pendidikan al-Quran: Menerima dan menolak Israiliyyat?


Penerimaan dan penolakan terhadap Israiliyyat



Ulama tafsir dan hadis bersetuju dan menetapkan tiga pembahagian Israiliyyat yang boleh diterima dan ditolak atau yang masih dalam pertimbangan samada diterima atau ditolak dalam keadaan yang sewajarnya.  


Secara kesimpulannya, setelah dibuat perbandingan antara dalil tegahan mengambil riwayat Israiliyyat dan dalil pengharusan, terdapat banyak alasan untuk menerima dan menolaknya.  Antaranya ialah:

1.    Agama Islam adalah agama pengetahuan yang luas.  Segala pengetahuannya tidak tertumpu kepada akidah, syariat dan sejarah semata-mata sahaja.  Sesungguhnya ilmu dalam agama Islam menjangkaui pengetahuan tentang umat Islam terdahulu, mengambil iktibar daripada kehidupan mereka untuk memperkukuhkan pengetahuan dan menolak kebatilan menurut ajaran Islam itu sendiri. Jika kita merenung dan memahami ayat al-Quran, pastinya kita akan menyedari bahawa sebahagian ayat-ayatnya menyuruh kita untuk merujuk kepada ahli Kitab daripada kalangan bangsa Yahudi dan Nasrani untuk bertanya berkaitan ajaran mereka. 

2.   Terdapat perintah Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w agar bertanya kepada ahli Kitab untuk perkara-perkara tertentu.  Perkara-perkara tersebut tertakluk kepada perkara yang benar sahaja dan tiada unsur penyelewengan seperti yang telah berlaku pada masa kini.  Hanya al-Quran yang dapat membenarkan hujah-hujah mereka, sekiranya isi kandungan mereka bertepatan dengan wahyu dalam al-Quran.  Sekiranya mereka membuat helah dan menyembunyikan kebenaran, pastinya Allah s.w.t akan menghukum mereka.  Peristiwa ini pernah berlaku di antara Nabi Muhammad s.a.w dan bangsa Yahudi apabila mereka menyembunyikan isi kandungan Taurat untuk mengelakkan baginda merejam penzina mukhsan. 

Al-Quran merupakan kitab suci yang dipelihara oleh Allah s.w.t sehingga hari Kiamat dan mempunyai banyak iktibar dan pengajaran bagi umat Islam.  Firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf, ayat 111 :

ôs)s9 šc%x. Îû öNÎhÅÁ|Ás% ×ouŽö9Ïã Í<'rT[{ É=»t6ø9F{$# 3 $tB tb%x. $ZVƒÏtn 2uŽtIøÿム`Å6»s9ur t,ƒÏóÁs? Ï%©!$# tû÷üt/ Ïm÷ƒytƒ Ÿ@ÅÁøÿs?ur Èe@à2 &äóÓx« Yèdur ZpuH÷quur 5Qöqs)Ïj9 tbqãZÏB÷sムÇÊÊÊÈ  

“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi Yang terkandung Dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita Yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa Yang tersebut di Dalam Kitab-kitab agama Yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan Yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum Yang (mahu) beriman.”

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa kita harus mempercayai kisah-kisah mereka untuk dijadikan panduan dan iktibar daripada kisah-kisah kaum terdahulu sebelum tibanya al-Quran selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran al-Quran.

3 3. Terdapatnya penyelewengan dan juga penggubahan dalam kitab-kitab ahli Kitab selepas  kewafatan nabi-nabi terdahulu.  Terdapat juga perkara yang dibiarkan tanpa penggubahan, namun pembohongan ini dilakukan bertujuan untuk memperdayakan umat Islam.  Justeru itu, kita selaku umat Islam seharusnya sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga dan sentiasa meneliti kebenaran sesuatu perkara.  Kita juga wajib menjadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup kerana semua yang bertepatan dengan syariat, harus bagi kita meriwayatkannya.  Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

Ceritakanlah daripada Bani Israil dan tidak mengapa

Maknanya, ambillah cerita daripada mereka apa yang kamu ketahui kebenarannya.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...