SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN ISRAILIYYAT
Tahun 70M - masyarakat Yahudi datang ke Tanah Arab
melarikan diri dari Syam setelah musnahnya Haikal dan menetap di kawasan
Yathrib, Taima’, Himyar, dan Wadi Al-Qura’. Tetapi orang Arab hanya mengetahui tentang
agama Yahudi ini selepas suatu ketika apabila masyarakat Yaman memeluk agama
ini hasil dakwah Tubba’ (lelaki yang ingin menyerang Madinah sebelum Islam
tetapi telah dihalau) yang membawa bersamanya dua orang pendeta yang
menyebarkan ajarannya di sana.
Berbeza dengan keadaan orang Nasrani
yang sering ditindas oleh pelbagai golongan seperti penyembah berhala, kaum
Yahudidan kerajaan Byzantine. Kesannya, mereka lari ke Tanah Arab kerana ingin
menjauhkan diri daripada penindasan yang disebabkan perbezaan agama ini. Dakwah Nasrani di tempat baru mereka telah
membuahkan hasil apabila beberapa orang telah memeluk ajarannya seperti Warqah
bin Naufal, Imruul Qais, kabilah Ghassan, dan sebagainya.
Kewujudan dua puak ini (Yahudi dan
Nasrani) memberikan impak yang besar kepada kehidupan masyarakat Arab. Selain
itu, aktiviti perniagaan juga sedikit sebanyak membuka peluang kepada
masyarakat dalam mengenali dua agama ini. Setelah kedatangan Islam, berlakunya
dialog dan perbahasan antara kaum Muslimin dan Ahli Kitab seperti yang banyak
disebutkan di dalam Al-Quran. Akibatnya, ramai di kalangan mereka yang memeluk
agama Islam setelah jelas dan nyata di hadapan mereka bahawa agama yang dibawa
oleh Nabi Muhammad S.A.W. ialah agama yang benar. Namun, ada yang baik Islamnya
sedangkan sebahagian yang lain menjadi munafiq, sebagai dalang kepada kaum
Yahudi dan musyrikin dalam menghancurkan Islam dari dalam.
Perselisihan antara dua kelompok ini
(Muslimin dan Ahli Kitab) tidak terhenti setakat ini sahaja. Pernah terjadi
dialog antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar bersama dengan pendeta, kisah
seorang muslim memukul seorang Yahudi setelah Yahudi tersebut mengatakan :
Tidak, sebenarnya Nabi Musa ialah pilihan sekalian alam, dan pelbagai lagi yang
menunjukkan perselisihan pendapat di kalangan mereka. Tetapi, Nabi S.A.W. pada
waktu itu berperanan sebagai orang tengah yang memperjelaskan keadaan sebenar
kepada salah faham yang berlaku antara dua golongan ini. Perkara ini berterusan
pada zaman para sahabat apabila mereka bertindak sebagai pihak rujukan
masyarakat pada ketika itu setelah wafatnya baginda S.A.W.
Pada zaman tab'iin pula, pendustaan
dan pemalsuan banyak berlaku kerana ia berlandaskan hawa nafsu sehingga
menyebabkan manusia tidak dapat membezakan antara suatu yang baik dan buruk. Ada di kalangan para tabiin (asal Yahudi atau
Nasrani yang memeluk agama Islam) mengambil sikap bermudah-mudah dalam
meriwayatkan sesuatu, sehinggakan bukan kisah Israiliiyat sahaja yang
diriwayatkan bahkan khurafat dan dongeng yang tidak mempunyai sandaran. Faktor lain yang membantu penyebaran ini ialah
dakwaan mereka yang mengatakan para sahabat dan tabiin berkeinginan untuk
mengetahui semua perkara daripada kisah umat dan para nabi terdahulu yang tidak
disebutkan dalam Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
Ibnu Khaldun menyebutkan dalam
kitabnya, “Muqaddimah Ibnu Khaldun” bahawa penyebaran Israiliyyat ini adalah
disebabkan dua perkara :
1. Keadaan masyarakat Arab pada waktu itu yang buta huruf.
1. Keadaan masyarakat Arab pada waktu itu yang buta huruf.
2. Sifat manusia yang ingin mengetahui semua perkara.
*agak2 baca buku ilmiah ni dgn buku novel mana khatam dulu? huhu
(sy bukan pembaca tegar novel ;)
Di samping itu, kisah-kisah ini
tidak ada kaitannya dengan hukum-hakam yang seterusnya menyebabkan ia terus
ditulis dan diceritakan kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment