Tuesday, September 17, 2013

Amalan Selawat :) Bagaimana versi anda?



Perasan x, setiap kali Hari Jumaat, bagi orang lelaki (guru,doktor, tukang masak, tukang kebun, segala tukang, murid, ayah, tok ..) akan pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Setiap kali itulah khatib tuan imam akan memperingatkan dalam khutbahnya suatu pesanan Allah swt yang menyuruh manusia agar memperbanyakkan selawat ke atas nabi:

Firman Allah :

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memberi rahmat) kepada Nabi s.a.w. (oleh kerana itu) wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu (meminta rahmat) untuk Nabi s.a.w dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan terhadapnya.
(al-Ahzab 56)
Namun.....kita sering lupa untuk berselawat ke atas nabi. Hanya dalam solat je berselawat. Tu pun dek kerna wajib sebab baca Tahiyyat Akhir.

sememangnya terlalu banyak fadhilat yang dapat diperolehi dengan berselawat ini.. salah satunya yang paling femes, kita selawat 1x ke atas Rasul, tp pahalanya Allah gandakan seperti 10x selawat.. wuhh, x ke lumayan tuu... bukan susah, tapi kita malas nak wat.. mulut je yg lafaz, anggota x bgerak pun..tapi kita sering lupa.. Masya Allah... 

Rakan2, ibu2, bapa2, anak2, tua muda, kalau kita sayang Allah dan Rasul, maka marilah kita bersama-sama perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW...

p/s: nak praktik lbih cpt, dgr lah lagu2 selawat nabi... :) n unforgotten, my fav selawat nabi versi rancak by THE HARMONY BAND ... seriously, anda MESTI DENGAR!! klik kat music then search lagu Muhammad Nour.. superbb!! selamat berselawat... :)


The Harmony Band from Lebanon (must listen, must download!) 


Sedikit sebanyak kelebihan selawat bagi orang yang sentiasa berselawat yang di ambil dari kitab-kitab ulama :

  1. Satu kali berselawat Allah swt akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
  2. Satu kali berselawat Allah swt akan mengangkatnya baginya (orang yang berselawat) dengan 10 kali darjat.
  3. Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah saw.
  4. Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah swt, akan tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan juga bumi.
  5. Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti (kepada mereka yang selalu berselawat kepada Nabi Muhammad saw).
  6. Akan mendapat Syafa'at daripada Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti.
  7. Allah swt akan menggandakan limpah kurnia dan juga rahmat-Nya kepada mereka yang berselawat untuk Nabi Muhammad saw.
  8. Selawat dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dalam dada.
  9. Selawat dapat membuktikan kecintaan dan juga rasa kasih sayang kita terhadap Rasulullah saw.
  10. Selawat dapat mewariskan kecintaan Rasulullah saw terhadap umatnya.
  11. Selawat dapat dijadikan sebagai penyelamat dan juga dapat memelihara daripada segala apa juga yang dapat mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
  12. Dengan membawa selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
  13. Orang yang selalu berselawat akan mendapat nur (cahaya) yang bersinar di dalam hati dan ianya akan berlaku bilamana kita berselawat 100 kali dengan cara selawat yang bersungguh-sungguh dan juga ikhlas.
  14. Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bilamana kita berselawat sebanyak 10 kali.
  15. Allah swt akan meluaskan dan juga melapangkan rezekinya dan juga sumber-sumber rezeki yang lainnya yang tiada kita ketahui.
  16. Allah swt akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di Hari Kiamat nanti.
  17. Mendapat keberkatan dari Allah swt bagi dirinya dan juga untuk kaum kerabat dan juga keluargannya.
  18. Keistimewaan berselawat dapat mendatangkan rasa kasih sayang dari hati-hati orang-orang mukmin lainnya terhadapnya.
  19. Selawat akan dapat mendekatkan dirinya dengan 'Telaga Haudh' iaitu telaga Rasulullah saw serta akan dapat pula meminumnya di Hari Kiamat kelak.
  20. Selawat dapat melepaskan diri seseoang itu daripada tergelincir semasa melalui titian sirat dan ia dengan selamat akan dapat menuju ke syurga


    credit: http://jqaf-santan.blogspot.com/ (tapi diedit ikut versi sy + The Harmony Band)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...