Friday, April 16, 2010

Tahu....tapi buat2 tak tahu....

Ada orang tahu..dan dia terus tahu ape yg dia buat..ada org tak tahu dan memang tak tahu..ada orang tahu,tapi buat2 x tahu..ada org tak tahu tapi buat2 tahu..hmm.. apa bezanya?? pasti ada beza kan..? setiap org adalah sama tapi x serupa.. rambut sama hitam,hati lain2.. so, tpulang kpd kta cmana nk tahukan diri kita..btol x? cmana pulak dengan orang yang tak tahu n x nak tahu??hmm..mcm2 je..
jom tgk2 ulasan ni..:

2 kumpulan tahu tak tahu:

1. kumpulan orang yang Tahu bahawa dia tahu;
2. kumpulan orang yang belum tahu

1. kumpulan orang yang tahu bahawa dia tahu - terbahagi 2,

a) orang yang mengetahui, dia tahu dirinya tahu, dan sedar akan pengetahuannya bukanlah sekadar persangkaan,

b) orang yang tidak tahu, bahawa dia tahu, apabila kita menyatakan kebenaran kepada nya, baru dia tersedar, jenis ini kita kena sampaikan nasihat kebenaran, semoga dia mendapat kesedaran..


2. kumpulan orang yang belum tahu - terbahagi 2,

a) orang yang tahu bahwa dia belum mengetahui, lalu mahulah dia bertanya, dan belajar, jenis ini bukan JAHIL. malah manusia itu secara berterusan, meningkat dari belum tahu kepada mengetahui, semuga terhindar dari persangkaan,

b) orang yang Jahil, sudah lah belum mengetahui yang dirinya belum tahu, tetapi menyangka dia tahu, lalu menghamburkan kata kata, menunjukkan kejahilan diri. jenis Bodoh Sombong.

JAHIL yang paling teruk ialah: sudah tahu tetapi enggan mengakui kebenaran itu, lalu menyangka bahawa dirinya benar seperti kelakuan Abu Jahal (kenal ke??).

kenapa Abu Jahal?

Ini kerana, sebelum Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul Allah, dirinya sudah dapat gelaran 'al-amin' yang rata-ratanya sudah diketahui oleh masyarakat arab jahiliyyah. Tak syak lagi, Muhammad seorang yang BENAR.
setelah Nabi Muhammad menerima wahyu, baginda telah ditentang habis-habisan oleh Abu Jahal yang enggan menerima kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW..

So..nak ke jadi macam Abu Jahal yang jahil..??? Aku x nak...!

mengapa boleh wujud sifat JAHIL, mengapa boleh ada sifat Tak Tahu, dalam diri seseorang itu?

setiap anak adam, lahir dalam firah kebaikan, iaitu selepas mengakui kepada Allaah:
Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,


"Bukankah Aku tuhan kamu?"
Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Quran 7:172)
...............
..... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada dirimu kepada kejahatan kecuali ada keinginan diri sendiri ke arah itu ...........

Pada waktu setelah baligh dan berakal, seharusnya manusia itu memimpin diri sendiri. sejak azali lagi, kita sudah dibekalkan oleh Allah tentang pengenalan kepada DIA - ...rujuk kepada Quran 7:172

kita kembali kepada cerita ABU JAHAL - semasa hidupnya, dia sudah mengenali Muhammad bin Abdullah, iaitu anak saudaranya, yang yatim piatu, kemudian tak pernah bercakap bohong, dikenali masyarakat setempat dengan gelaran al-amin. Namun setelah Muhammad bin Abdullah mengaku menjadi Rasul utusan Allah, bermulalah episod penentangan ( Pilihan sendiri)

melalui cerita tu, kita lihat, tabiat awalnya mengetahui, kebenaran peribadi Muhammad ibni Abdullah,
tetapi kemudiannya memilih untuk menentang, ( Tak Mahu ) kebenaran. lekatlah sifat itu pada dirinya...menjadi abu jahil, abu jahal. ITU sifat yang tak baik, Janganlah ikut ye...kan lebih elok jadi seperti kita, tak tahu pun bagaimana Muhammad, tak tahu pun rupanya, sifat keperibadiannya, tetapi.......kita mahu belajar, membaca, menjadi murid berguru, sehingga kita mengetahui sesuatu itu dan memanfaatkannya.. Sifat diri sebelum mengetahui, hendaklah , sentiasa bersedia untuk belajar.
Kerana Pelajaran dari Allah sentiasa hadir, dalam bentuk pelbagai peluang pertemuan dengan makhlukNya.

kita hendaklah memandu diri keluar dari masa belum mengetahui, bergerak ke hadapan, untuk sampai kepada masa mengetahui, menyakini pengetahuan iaitu yakin kepada Allaah dan mengamalkan ajarannya agar selamat dunia dan akhirat... InshAllah...


Aku pun masih kurang arif dalam pelbagai perkara..Mohon tunjuk ajar ye sahabat2 sekalian..~


Barokallahu Fiik~ ^_^

Sunday, April 11, 2010

ceritera kehidupan~

smalam aq blajar banyak cerita kehidupan.. tp blom ckup bnyk..mcm2 warna..mcm2 versi.. kita slalu persoalkan knp hidup kita byk sgt dugaan dan ujian..tp..rupanya, ada insan yg lebih sakit dari khidupan sendiri,..ada yg lagi merana,lagi sengsara,laaaaggii sadis! knp dgn dugaan yg sdikit kita sudah putus harapan..?? knp kita brputus asa kpd Allah? bagi aq, bahagia lah bagi mereka yg slalu ditimpa ujian yg berat d dunia ini, walaupun menerima kesengsaraan yg singkat namun akan memiliki kebahagiaan yg berpanjangan.. bila agaknya aku akan menerima ujian yg berat itu? hmm..terasa diri amat hina berbanding rakan2 yg lain.. aku x pandai meluahkan kata2 secara direct mcm yg mereka slalu lakukan.. aku ada cara tersendiri..aku lebih suka bersama laptop cumil ni..yg jadi sahabat setia setiap masa..(huhu..).. yg aku tahu aku suka tulis ..utk luahkan perasaan..he~ so, sahabat2 sekalian, bersyukurlah ketika ujian datang melanda.. coz i2 jelas mnunjukkan Allah sntiasa menyayangi hambanya.. Allah sntiasa rindu untuk mndengarkan rintihan hamba2nya.. ^_^

*Hidup x slalunya indah, langit x slalu cerah, suram malam x berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan..

*Hidup ini ibarat roda.sentiasa berputar..kdg2 kita d atas dn kdg2 d bwh..ingtlah, stiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...^_^

Thursday, April 8, 2010

kajian...

Selangor tertinggi buang bayi

KUALA LUMPUR 7 April - Selangor mencatatkan kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini dalam tempoh lima tahun sejak 2005.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 105 kes pembuangan bayi berlaku di Selangor dari 2005 hingga 2009.

''Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula menunjukkan sebanyak 3,234 kes penderaan kanak-kanak dan bayi berlaku di negeri berkenaan sepanjang tempoh sama," katanya menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ismail bertanyakan jumlah kes pembuangan dan penderaan bayi bagi tempoh 2005 hingga 2010 mengikut negeri, sebab ia berlaku dan tindakan drastik kerajaan bagi menanganinya.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, dalam tempoh lima tahun berkenaan sebanyak 407 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara dan 10,758 kes membabitkan penderaan kanak-kanak dan bayi.

Shahrizat berkata, antara punca kes pembuangan bayi adalah kurang pendidikan agama, pasangan lelaki tidak mahu bertanggungjawab dan ibu bapa tidak dapat menerima bayi yang cacat.

''Kes penderaan kanak-kanak dan bayi pula berpunca kerana ibu bapa menghadapi tekanan di tempat kerja, masalah kewangan dan krisis rumah tangga," katanya.

Bagi membantu ibu muda yang bermasalah serta mengelak kes pembuangan bayi, beliau berkata, kerajaan telah menyediakan pusat perlindungan bagi bayi dan wanita.

''Pusat perlindungan ini adalah terdiri daripada institusi kebajikan sebanyak 55 buah, pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (104), Klinik Nur Sejahtera (53), Taman Seri Puteri (empat) dan Pusat Jagaan Sinar Kasih (satu)," jelasnya.

Utusan Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...