Thursday, March 18, 2010

Cinta Luar Biasa..

Artikel karangan sendiri. Dah pun diterbitkan dalam rislah i-kent edisi ke-2:

Bukan Cinta Biasa…..

“Manusia tidak jatuh ‘ke dalam’ cinta, dan tidak juga keluar ‘dari cinta’. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta sebagai fitrah manusia ”.

Cinta, di segenap waktu dan peristiwa orang selalu berbeza mengertikannya. Tidak ada yang salah, tapi tidak ada juga yang benar sempurna penafsirannya. Kerana cinta selalu berkembang seperti udara yang mengisi ruang kosong. Cinta adalah tangan-tangan yang memaut hamparan permadani kasih sayang, dan merupakan hati yang selalu berharap seterusnya mewujudkan dunia serta kehidupan yang lebih baik, yang mengajarkan pada kita betapa besar kekuatan yang dihasilkannya.

Dan Islam bukan sahaja mengagungkan cinta tapi memberikan contoh konkrit dalam kehidupan kita, melewati kehidupan insan mulia, Rasulullah s.a.w tercinta. Siapa yang tidak mengenali kekasih Allah yang bernama Muhammad s.a.w Ibn Abdullah Ibn Abdul Muthalib yang telah membawa nur ke seantero pelosok dunia merentasi tempat dan zaman meliputi seluruh umatnya.

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." (Al-Anbiya:107)

Rasulullah menghulur cinta bukan untuk dibalas, tetapi untuk diteladani yang membawa hingga ke syurga. Kecintaan tumbuh kerana kita mengenal. Untuk mengenal Rasulullah s.a.w. kita harus memulai dengan membaca riwayat hidupnya, akhlak, dan perjuangan agungnya. Sejarah Rasulullah s.a.w. pasti menyimpan pelbagai pelajaran yang tidak ada tolok bandingnya. Tiada suatu perkara pun yang amat menggembirakan umatnya ketika mendengar sabdanya “ Anta ma’aa Man ahbabta” – kamu bersama-sama dengan orang-orang yang kamu kasihi. Sungguh umatnya tidak mempunyai satu amalan pun untuk dibanggakan. Melainkan harapan dengan mengabdikan kasih kepada Allah dan kepada Rasulullah, moga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat baginda pada hari perhi
tungan kelak.

Begitulah sekelumit paparan keunggulan cinta Rasulullah kepada umatnya yang sebenarnya telah melemahkan segala kalam dan lisan. Bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran Rasulullah s.a.w yang akan menjelma tidak lama lagi, kenapa tidak kita menyingkap kembali sirah junjungan Nabawi dengan memperbanyakkan selawat ke atas baginda sehingga ada yang mengalirkan air mata merindukan baginda. Namun, ini tidak membawa makna sekiranya melaksanakan segala sunnah baginda tanpa istiqamah, kerana bila umat Islam sudah hilang kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka runtuhlah seluruh tonggak agama ini yang membawa kepada kehancuran dunia.

“Ummatii, ummatii, ummatiii” Lafaz terakhir jungjungan Rasulullah s.a.w yang bermaksud, umatku,umatku,umatku. Setelah itu, terhentilah kembang hidup insan mulia itu yang tidak akan berakhir sinarnya. Kini, mampukah kita mencinta sepertinya? Renungkanlah…

(ni yang ory. kt risalah 2 dah pn diedit oleh kak nad n kak akma..thanks akak2!) :)

1 comment:

  1. alhamdulillah..

    nice article..

    ^_^ teruskan menghasilkan karya2 yg masyuk untuk risalah kita..

    lillaahi ta'ala..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...