Saturday, January 12, 2013

Pendidikan al-Quran: Menerima dan menolak Israiliyyat?


Penerimaan dan penolakan terhadap Israiliyyat



Ulama tafsir dan hadis bersetuju dan menetapkan tiga pembahagian Israiliyyat yang boleh diterima dan ditolak atau yang masih dalam pertimbangan samada diterima atau ditolak dalam keadaan yang sewajarnya.  


Secara kesimpulannya, setelah dibuat perbandingan antara dalil tegahan mengambil riwayat Israiliyyat dan dalil pengharusan, terdapat banyak alasan untuk menerima dan menolaknya.  Antaranya ialah:

1.    Agama Islam adalah agama pengetahuan yang luas.  Segala pengetahuannya tidak tertumpu kepada akidah, syariat dan sejarah semata-mata sahaja.  Sesungguhnya ilmu dalam agama Islam menjangkaui pengetahuan tentang umat Islam terdahulu, mengambil iktibar daripada kehidupan mereka untuk memperkukuhkan pengetahuan dan menolak kebatilan menurut ajaran Islam itu sendiri. Jika kita merenung dan memahami ayat al-Quran, pastinya kita akan menyedari bahawa sebahagian ayat-ayatnya menyuruh kita untuk merujuk kepada ahli Kitab daripada kalangan bangsa Yahudi dan Nasrani untuk bertanya berkaitan ajaran mereka. 

2.   Terdapat perintah Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w agar bertanya kepada ahli Kitab untuk perkara-perkara tertentu.  Perkara-perkara tersebut tertakluk kepada perkara yang benar sahaja dan tiada unsur penyelewengan seperti yang telah berlaku pada masa kini.  Hanya al-Quran yang dapat membenarkan hujah-hujah mereka, sekiranya isi kandungan mereka bertepatan dengan wahyu dalam al-Quran.  Sekiranya mereka membuat helah dan menyembunyikan kebenaran, pastinya Allah s.w.t akan menghukum mereka.  Peristiwa ini pernah berlaku di antara Nabi Muhammad s.a.w dan bangsa Yahudi apabila mereka menyembunyikan isi kandungan Taurat untuk mengelakkan baginda merejam penzina mukhsan. 

Al-Quran merupakan kitab suci yang dipelihara oleh Allah s.w.t sehingga hari Kiamat dan mempunyai banyak iktibar dan pengajaran bagi umat Islam.  Firman Allah s.w.t dalam surah Yusuf, ayat 111 :

ôs)s9 šc%x. Îû öNÎhÅÁ|Ás% ×ouŽö9Ïã Í<'rT[{ É=»t6ø9F{$# 3 $tB tb%x. $ZVƒÏtn 2uŽtIøÿム`Å6»s9ur t,ƒÏóÁs? Ï%©!$# tû÷üt/ Ïm÷ƒytƒ Ÿ@ÅÁøÿs?ur Èe@à2 &äóÓx« Yèdur ZpuH÷quur 5Qöqs)Ïj9 tbqãZÏB÷sムÇÊÊÊÈ  

“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran Yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang Yang mempunyai akal fikiran. (kisah Nabi-nabi Yang terkandung Dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita Yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa Yang tersebut di Dalam Kitab-kitab agama Yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan Yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum Yang (mahu) beriman.”

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa kita harus mempercayai kisah-kisah mereka untuk dijadikan panduan dan iktibar daripada kisah-kisah kaum terdahulu sebelum tibanya al-Quran selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran al-Quran.

3 3. Terdapatnya penyelewengan dan juga penggubahan dalam kitab-kitab ahli Kitab selepas  kewafatan nabi-nabi terdahulu.  Terdapat juga perkara yang dibiarkan tanpa penggubahan, namun pembohongan ini dilakukan bertujuan untuk memperdayakan umat Islam.  Justeru itu, kita selaku umat Islam seharusnya sentiasa mengambil sikap berjaga-jaga dan sentiasa meneliti kebenaran sesuatu perkara.  Kita juga wajib menjadikan al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup kerana semua yang bertepatan dengan syariat, harus bagi kita meriwayatkannya.  Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

Ceritakanlah daripada Bani Israil dan tidak mengapa

Maknanya, ambillah cerita daripada mereka apa yang kamu ketahui kebenarannya.  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...