Monday, January 16, 2012

Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak

Salam aleyk...nota hari ni berkaitan dengan Perkembangan Kanak-kanak yang mna kita akan telusuri dengan lebih mendalam, antaranya ialah faktor2 yang mempengaruhi kepada berkembangnya anak-anak itu..hoho..kiddin~ ok2, faktor nya sudah tentu terbahagi kepada 2 bahagian dan setiap bahagian terbahagi lagi kepada beberapa bahagian beserta contoh.

1. Faktor Baka dan Genetik

Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu.

Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia.

Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes.


Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan perempuan

Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu.
Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut:

Ciri-ciri fizikal.

Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

Ciri Fisiologi

Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka.

Kecacatan mental

Rencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak dalam makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya. Pengaruh baka ke atas kecerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Kedua-dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan seseorang individu tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus.

Sahsiah

Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka. (fikir2 kan contoh...cuba tengok ayah anda..seorang yang pnas baran? cepat naik angin? bagaimana pula dalam kalangan adik-beradik anda sendiri? mesti ada yang ikut sikap ayah ryte?)

Kecerdasan

Faktor baka banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. (kita ble tgk cntoh2 trdkt mcm ank ckgu kbiasaannya pndai2 kan? & cntoh2 lain lg la) Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan-kemudahan akademik akan merangsang perkembangan mental kanak-kanak.


to be continue with Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak2: "Persekitaran"

p/s: maklumat yang terdapat dlm nota ni telah diambil daripada pelbagai sumber (buku ilmiah,internet,jurnal) dan telah dicampur adukkan menjadi sebati tanpa ada penyelewengan =)

kbai...<3

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...