Tuesday, January 24, 2012

al-Pai: Dear Izmael Hanz, ko taw ka?


-ko taw ka betapa pilu nya hati kami bila takda ko di sini?
-ko taw ka betapa merana hati kami bila kami tahu berita tentang ko tu?
-ko taw ka betapa sakit kami bila tengok ko tabah di luar tapi perit di dalam?
-ko taw ka takda lagi org maw kasi tapuk kasut si amalina?
-ko taw ka takda lagi orang maw ketawa macam ko selalu ketawa di kelas?
-ko taw ka takda lagi orang maw tanya soalan pelik2 sama ustazah sabariah?
-ko taw ka takda lagi orang yang suka bawa pensyarah2 bercerita dan bincang soalan yang keluar tajuk supaya cepat habis masa kuliah?
-ko taw ka takda lagi orang maw senyum lebar2 sampai nampak gigi yang silau2 macam ko di kelas?
-ko taw ka takda lagi abang Ngah al-Pai?
-ko taw ka takda lagi kami nampak orang yang turun pi padang main bola tampar sorang2?
-ko taw ka takda lagi drebar kami yang tak pakai kunci bila driving keta?
-ko taw ka takda lagi orang yang kami bole bawa bgaduh main2?
-ko taw ka takda lagi geng kami makan di cafe pagi2?
-ko taw ka takda lagi orang maw bawa moto jaguhyang bunyi garau2 tu?
-ko taw ka takda lagi yang maw bcakap sama papan putih n dinding di depan?
..............................................................................................................................................................

"FRIENDSHIP IS NOT ABOUT WHOM YOU HAVE KNOWN THE LONGEST, IS NOT ABOUT WHO COME FIRST OR WHO CARES THE BEST..... BUT ITS ALL ABOUT WHO CAME AND NEVER LEFT"

well, here we are..SAHABAT

“Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah”

“Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian”

"Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya"

"Sahabat sejati sahabat yang boleh berkongsi suka dan duka,
sahabat yang berbudi pekerti mulia membawa kita kepada kebaikan
dunia dan akhirat"

“Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri”

“Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita."

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat

Kalau engkau ramai sahabat, bersyukurlah! Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Manusia yang paliang lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang diperolehinnya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katanmu

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sungguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan

"Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan"

"Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana kadang-kadang ia membengkok dan kadang-kadang ia melurus."

-ko taw ka betapa semangatnya kami wat gambar2 ni utk ko?
-ko taw ka kami tunggu ko sihat cepat2?
-ko taw ka kami smua rindu ko?

KO TAW KA PIJUL?????
syafakallah.. kami tunggu ko datang IP balik...:')

"Jika sesuatu yang baik pergi, jangan kamu sesali. Kerana sesuatu yang lebih baik menanti untuk kamu hampiri. Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui"

Monday, January 23, 2012

aL- Pai: Tomodacchi!



Assalamualaikum... :)

oke2, ni bukan nak jual ubat ke nak promote sapa2 ke ok.. just nak share pengalaman bersama mereka2 yang istimewa dalam hidup.. TOMODACCHI!! means KAWAN! yeah.. kawan yang sekarang ni sama2 berjuang dan lalui pelbagai pengalaman suka duka bersama.. ehheiii!

kAwan sejati payah nak cari sekarang ni..yalah, harga barang pun naik (apa kena mengena??)
-_- ... bagi saya, kawan yang baik adalah kawan yang menasihati kita dan menegur kesalahan kita supaya kita boleh betulkan kesalahan tu.. kawan yang baik ni tak akan biarkan kita terus2 lakukan kesalahan tu.. dia bole jadi pendengar yang setia, penasihat dan pemberi motivasi dan rela berkongsi kesenangan dan kesusahan bersama.. dan yang paling penting, kawan yang baik ni tak kedekut nak bagi pinjam duit bila anda mengalami masalah kewangan!! hahaha

"kawan adalah cerminan jati diri".. means, dengan sapa anada berkawan, macam tulah diri anda.. yeke? (ye kot) orang selalu cakap, jangan terlalu memilih kalau nak cari jodoh.. nanti diri sendiri yang rugi.. but for me, tak salah memilih kan.. tapi nak pilih pun jangan lah pilihan yang tak ingat dunia.. nak kawin anak raja la, anak itu la, anak ini lah.. heyy, ukur baju di badan sendiri dulu ye..hehe kalau jodoh ceritanya macam tu.. so, macamana pula dengan kawan?? yeah, nak berkawan pun pandai2 lah pilih kawan.. kawan dengan semua orang tak pe.. kalau kawan tu akhlak baik, syukurlah.. kalau kawan tu akhlak kurang baik, kita pula kena mainkan peranan untuk jadi kawan yang baik dan sentiasa menasihati ok.. :)

al-Pai yang comel ^^v

In this lifetime, i praise Allah sebab bagi pinjam kawan2 yang sangat berharga buat diri.. tak rugi pun berkawan.. teringat pulak satu ayat ni:"p/s persahabatan adalah selama-lamanya..meskipun tidak terlihat secara zahir, namun ia tetap menyala dan terasa walau di mana pun berada..well, kawan2 appreciate it before your lose it.. live your life! hee~ lub ya all my pwen!!"

hahaha...nak gelak golek2 pun ada bila ingat balik betapa mentah nya aku time dulu nak berkawan..adoi..rasa malu ingat balik tapi lucuuu banget! ekekeke.. takpe2..keep moving forward.. learn from our own experience kan? Allah sntiasa tahu apa yang terbaik untuk kita.. Allah bagi kita keperluan, bukan kemahuan..:) so, nasihat untuk diri dan sahabat2 di luar sana, jadilah kawan sejati dan tanamlah keikhlasan dalam persahabatan agar ianya menjadi tali persahabatan yang diredhai Allah di dunia dan akhirat..

amiin~

kbai~^^

Thursday, January 19, 2012

Sukaneka Usrah IPG Kent

Assalamualaikum ya all... keyfa halukum? hari ni just nk update pasal aktiviti sukaneka yang telah selamat dijalankan dengan jayanya petang semalam.. yeaa..! yang pastinya aktiviti ini diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama muslimat especially yang terlibat dengan usrah IP.. overall, aktiviti sukaneka tu memang best sangat.. sampai ada yang hampir putus nafas berlari2, ada juga yang hampir tekeluar isi perut ketawa2..ishh ishh... macam2 ragam ok.. btw, syukran jazilan kepada ajk yang menganjurkan aktiviti ni n juga kepada smua yang bagi kerjasama dengan baik..yeay... <3

cik mimey
yeaaa! fadthia n de geng
"Ehem2, ketawa sopan dlu" ... :D
amalina n intan <3
Galah Panjang
x tahu lah pa benda nama game ni, tp yang pastinya mmg best n PEEEENAATT!!
eto dia..! cik yan el rose..haha
ni namanya 'bola ditampar'..yang baju kaler purple tu books of record suda main game ni .. xD
galah panjang lagiii....
sempuut... -_-"
best team yo..haha xD
otokee..tak tahu yang baju kelabu tu nampak apa smpai wat expresi mcm tu..nmpak Beradd Fit kali =,="
hahahah..muka was2... xD
yeehaaa.. my ball!
that's all.. yang penting smua hepy n enjoy...
kbai......

Monday, January 16, 2012

Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak

Salam aleyk...nota hari ni berkaitan dengan Perkembangan Kanak-kanak yang mna kita akan telusuri dengan lebih mendalam, antaranya ialah faktor2 yang mempengaruhi kepada berkembangnya anak-anak itu..hoho..kiddin~ ok2, faktor nya sudah tentu terbahagi kepada 2 bahagian dan setiap bahagian terbahagi lagi kepada beberapa bahagian beserta contoh.

1. Faktor Baka dan Genetik

Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu.

Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia.

Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes.


Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan perempuan

Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara anak dengan ibu bapa. Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya sifat yang berbeza itu.
Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas dilihat daripada ciri-ciri berikut:

Ciri-ciri fizikal.

Warna kulit seseorang individu sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

Ciri Fisiologi

Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah disebabkan oleh pengaruh baka.

Kecacatan mental

Rencatan mental adalah disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak dalam makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun yang kan merosakkan keadaan mentalnya. Pengaruh baka ke atas kecerdasan telah pun dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu biasanya ditentukan oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya. Kedua-dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam menentukan kecerdasan seseorang individu tetapi kajian-kajian menunjukkan bahawa nisbah pengaruh baka ialah 51 peratus dan persekitaran 41 peratus.

Sahsiah

Walaupun sahsiah seseorang individu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak dipengaruhi oleh faktor baka. (fikir2 kan contoh...cuba tengok ayah anda..seorang yang pnas baran? cepat naik angin? bagaimana pula dalam kalangan adik-beradik anda sendiri? mesti ada yang ikut sikap ayah ryte?)

Kecerdasan

Faktor baka banyak memainkan peranan dalam menentukan kecerdasan seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi keupayaan mentalnya. (kita ble tgk cntoh2 trdkt mcm ank ckgu kbiasaannya pndai2 kan? & cntoh2 lain lg la) Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan-kemudahan akademik akan merangsang perkembangan mental kanak-kanak.


to be continue with Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak2: "Persekitaran"

p/s: maklumat yang terdapat dlm nota ni telah diambil daripada pelbagai sumber (buku ilmiah,internet,jurnal) dan telah dicampur adukkan menjadi sebati tanpa ada penyelewengan =)

kbai...<3

Saturday, January 14, 2012

Buku Sejarah Kita...al-Pai

Terkenang kembali detik2 pertemuan bersama ahli keluarga al-Pai... menatap kembali satu per satu potret sejarah.. hingga membuatku tersenyum sendirian.. teringatkan bermacam gelagat ketika pertama kali berkenalan dan bersua muka.. masing-masing tidak mengenali hati budi yang lain.. dan mungkin juga masing-masing mempunyai pelbagai tanggapan... baik, prejudis, pelik, no feeling.. hari demi hari berlalu dan kita makin mengenali antara satu sama lain.. hingga terbitlah watak cerminan diri.. suka dan duka, gelak dan tangis, cinta dan benci, lucu dan menyampah, gurau dan senda, sihat dan sakit menjadi teman setia ceritera kehidupan yang kita lalui.. semuanya mengajar erti hidup.. memberikan pengalaman yang cukup bermakna.. mencatat buku sejarah kita yang semestinya tidak dimiliki oleh orang lain.. setelah beberapa tahun hidup bersama, terasa semakin jatuh hati.. sayang-menyayangi.. sedih bila ada yang terpaksa pergi.. walau bukan dengan kehendak diri............ walau apa pun yang terjadi, ingatlah bahawa kita semua sememangnya telah ditakdirkan berjumpa dan bersama menjalin erat ukhuwwah yang telah terbina.. seriously, saya mengenang semua yang kita lalui bersama....






semoga kita terus bersama dalam keredhaanNya.. menabur bakti menegakkan agamaNya.. tanpa berasa jemu dan tidak berpaling dariNya..
insyAllah....

"...dan janganlah kamu berputus asa dar rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir."
(Yusuf : 87)

Friday, January 13, 2012

TITAS- Kemunculan Pusat-pusat Tamadun Melayu-Islam



2.0 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN ISLAMISASI DI NUSANTARA

Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada kejayaan Islamisasi di wilayah Nusantara sehingga berkembangnya ajaran agama Islam sendiri. Antara faktor tersebut ialah:-

2.1 Keunggulan dan Kemurnian Islam

Isi kandungan ajaran agama Islam merupakan ajaran yang mudah dan senang difahami. Ianya bukan suatu ajaran yang kompleks seperti ajaran agama Hindu-Buddha. Ajaran agama Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan di dunia dan sebagai bekalan di akhirat kelak. Selain itu, Islam juga menekankan kesamarataan dalam semua golongan manusia melainkan amalan dan taqwa kepada Allah yang menjadi pengukur iman dan martabat seseorang itu di sisi Allah S.W.T. Islam amat menggalakkan akhlak yang baik dan pemupukan nilai-nilai murni seperti bantu-membantu, sayang-menyayangi, hormat-menghoramti, ikhlas dan pelbagai lagi untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Kebersihan dan kesucian diri juga tidak diabaikan dalam ajaran agama Islam yang menyebabkan ajaran ini amat disanjungi ramai dan mendapat tempat di hati manusia.

2.2 Pengislaman Golongan Raja dan Pemerintah

Melalui pengaruh Islam ke dalam masyarakat Melayu di Nusantara, konsep pendewaan terhadap raja dan pemerintah yang ditekankan oleh ajaran agama Hindu-Buddha dapat dihapuskan dan tertanamlah konsep patuh dan daulat serta konsep derhaka kepada raja dan pemerintah. Selain itu, pengislaman raja-raja turut menjadi faktor utama perkembangan ajaran agama Islam. Hal ini kerana, apabila golongan raja dan pembesar telah memeluk Islam, rakyat yang diperintah juga turut menjejaki perbuatan raja tersebut. Maka, ajaran agama Islam telah mula bertapak dalam jiwa setiap rakyat dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian seterusnya mengajarkannya kepada orang lain.

2.3 Perkahwinan

Secara umumnya, kerajaan-kerajaan di Nusantara merupakan kawasan perdagangan yang sangat terkenal dan masyhur. Oleh yang demikian, ramai pedagang Islam yang berdagan di kawasan-kawasan tersebut. Dalam tempoh perdagangan yang memakan masa yang agak lama, maka, golongan pedagang Islam telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan penduduk tempatan di kerajaan-kerajaan di wilayah Nusantara. Setelah berkahwin, maka seluruh kaum keluarga tempatan akan memeluk agama Islam yang diajaran kepada mereka. Hal ini amat mudah kerana golongan pedagang merupakan golongan yang kaya serta amat disanjungi oleh penduduk tempatan. Terdapat juga pedagang Islam yang mengahwini puteri golongan raja yang memudahkan lagi proses penyebaran Islam di wilayah ini.

2.4 Hubungan Diplomatik

Menurut teori Islam di Alam Melayu yang datang dari China, Melaka dikatakan telah membuat hubungan diplomatik dengan China pada 1404M. Melaka menjalinkan hubungan dengan China untuk mendapatkan perlindungan daripada ancaman kerajaan Siam. Pada awal perhubungan ini, China telah menghantar Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam untuk melaksanakan tujuan ini. Oleh yang demikian, ajaran Islam juga turut diperluaskan di negeri Melaka. Sehubungan dengan penyebaran Islam di Melaka, negeri-negeri lain juga turut mendapat pengaruh Islam yang dapat dilihat mampu memajukan sesebuah kerajaan tersebut.

2.5 Perdagangan

Kerajaan-kerajaan di Nusantara merupakan pusat terunggul sebagai pusat perdagangan. Hal yang demikian telah menyebabkan ramai pedagang Islam dari negara luar untuk datang berdagang di negeri-negeri tersebut. Peluang untuk berdagang seterusnya menyebarkan ajaran agama Islam digunakan dengan sebaiknya oleh para pedagang Islam. Para pedagang ini telah berjaya meyakinkan penduduk tempatan tentang keunggulan dan kebenaran ajaran Islam. Selain itu, di Melaka, diceritakan bahawa Syahbandar Pelabuhan Melaka telah memberikan layanan istimewa terhadap pedagang-pedagang Islam, ini menyebabkan ramai golongan pedagang di negeri-negeri yang berdekatan serta merta memeluk agama Islam untuk mendapatkan layanan istimewa tersebut dan berusaha untuk mendalami ajaran Islam dengan lebih mendalam.

2.6 Kebijaksanaan Pendakwah

Dakwah Islamiyyah ke Alam Melayu ini telah bermula sejak zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz lagi yang mengarahkan para pendakwah untuk menyebarkan ajaran Islam di Alam Melayu. Hal yang demikian telah menyebabkan ramai golongan raja khususnya yang menerima ajaran islam seterusnya menjadikan Islam sebagai agama rasmi di kerajaan-kerajaan mereka. Pendakwah yang berdakwah secara lemah lembut dan penuh kedamaian telah menarik minat penduduk tempatan untuk mendalami Islam. Golongan ahli sufi tersebut juga telah mendirikan pusat-pusat pengajian formal seperti zawiyyah dan masjid-masjid sehingga terbentuknya institusi pengajian pondok yang sangat terkenal dan membawa kepada penubuhan institusi yang lebih besar seperti madrasah.

PIM 3102 - PEDAGOGI (KAEDAH IQRA')






^^v


Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar di muka bumi ini dan seterusnya masih diberi peluang untuk terus melaksanakan amal ibadah dan bertaubat atas dosa2 yang lalu... semoga Allah menerima taubat kita semua.. ehem2, seperti entry2 yang lain, saya x berapa nak suka bercakap banyak (-__-).. actually i'm not a talkative person tp kalau dipengaruhi mmg tros jd hyperaktif..haha..

Btw today, saya berjaya menyiapkan header belog yang bagi saya sangat simple tp feminin (@,@).. heheheh..kerja kuliah pun tak siap lagi, tapi siapkan bnda alah ni pulak.. ish2.. adik2 kat rumah atau hostel jangan tiru aksi ini ye.. hemm, terfikir nak buat entry baru tiap hari tapi akibat kemalasan melanda, hah ambik ko!.. entry2 retro, old school ke, apa ke, peduli lah.. nak kutuk, kutuk lah..agagaga.. saya rasa nak upload bahan2 kuliah IPG kat belog ney..bole tak? sapa stuju sila boolat2 kan mata anda macam mata barbie yang bersinar2 tue..hoho.. k lah x maw ckap lagi..


comel kan? google eyes ----> (@,@)


kbai.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...