Saturday, March 27, 2010

~Solat: banyak hikmahnya~

interesting!! check this out:


http://nmjnh.wordpress.com/2008/10/21/bukti-hikmah-solat-secara-saintifik-oleh-universiti-malaya/

Friday, March 26, 2010

Tomorrow n tomorrow n tomorrow....

Esok n esok..byk sgt nak submit assignment.. sbenarnya dah siap..just x yakin nak print out lg coz nk semak byk kali..tp yg x puas aty ni, asal semak blk,msti ad je nk tambah or kurang or nk perbaiki..hmm.. well, a good assignment deserve to get a higher marks!.. InsyAllah.. Thanks to kwn2 yang sudi mmbantu aku.. shaaayaang korang! haha!ni keja2 nk hntar esok n esok:

1. Assignment PA2: Permasalahan Riba'
2. EL : The mango Season novel
3. ELP : Article summary
4. BMK: Mengenal pasti kesalahan tatabahasa umum


So, malam ni aku tido agak lewat sedikit..hoho! but, me wish me luck! chayo!!

Wednesday, March 24, 2010

Kata-kata motivasi

kata ibarat pedang yang tajam nya bisa membunuh lawan..gunalah kata2 yang berhikmah..yang mampu menyedarkan kita.. kata2 yang baik lahir dari jiwa yang bersih yang mampu mendamaikan sanubari dan jiwa serta pendengar sekelilingnya.. so..,jagalah kata..^_^

Budaya dan Tradisi Islam,


1. Firmah Allah (s.w.t) “ Hanya sesuatu kaum itu yang berhak mengubah nasib kaumnya”

2. Kenalilah diri mu sebelum kamu mengenal Tuhan

3. “doa itu adalah senjata bagi orang Islam”

4. “Tidak akan gugur sehelai daun dan bergerak sebutir pasir di lautan tanpa izin Tuhan”

5. “Berusahalah kamu nescaya kamu akan berjaya”

6. “Rahmat Tuhan akan datang kepada orang yang sabar”

7. “Di sebalik keburukan yang menimpa akan sentiasa ada rahmat dan kebaikan yang boleh dipelajari”

8. “Gantunglah cita-cita mu setinggi langit” (Saidina Abu Bakar R.A)

9. Kejayaan itu harus datang dengan berkat, berkat itu akan datang setelah kita melakukan 3 perkara, patuh perintah Tuhan, hormat ibu bapa dan guru.

10. Janganlah kau mengejar bayang-bayang, kerana ia tidak kesampaian, dongaklah ke langit, kau akan lihat bayang-bayang di bawah tapak kaki.

11. Sebelum Tuhan menjadikan manusia “telah ditetapkan jodoh, rezeki dan ajal maut seseorang hamba”

12. Perihal nafsu manusia itu” sekiranya Tuhan berikan segunung emas kepada mereka, tentu akan menginginkan segunung emas yang lain”

13. Belajarlah bersyukur kerana Tuhan akan tambahkan nikmat itu, dan janganlah kamu menjadi orang yang kufur (nikmat)

14. Adapun nikmat yang paling besar bagi orang Islam ialah nikmat Iman (Islam) yang lain hanya bayang-bayang.

15. Kejayaan adalah hak mutlak orang yang Sabar

16. Sabar itu separuh dari Iman

17. Tidak ramai orang Islam yang mengatakan “masuk syurga adalah cita-cita ku”

18. Marah itu adalah syaitan, jikalau kamu berdiri, duduk, jikalau duduk, baring, jikalau baring masih tidak teurai marah itu maka “ berwuduklah”

19. jikalau hati resah, berselawatlah kamu

20. Mintalah dengan Allah kerana Allah Maha kaya. Budiman dan dermawan manusia ada hadnya.

21. Menuntut ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad.

22. Walau tinggi kamu mendaki, lihatlah ke tanah kerana tempat itu kau akan kembali

23. Mukmin yang berjaya mesti pandai berkata “Alhamdulillah”

24. Setiap kerja yang dimulakan dengan Bismillah pasti ada berkatnya.

25. Berfikir tentang kekuasaan Tuhan juga adalah ibadat.

26. Nasihat Rasulullah, bergesa-gesalah kamu sebelum datang lima perkara,1) Hidup sebelum mati, 2) sihat sebelum sakit 3) muda sebelum tua 4) kaya sebelum miskin 5) lapang sebelum sempit.- mesejnya hargailah masa.



27. Ingat akan mati itu akan menguatkan motivasi diri mu.

28. Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Pemurah,

Firman Allah (s.w.t) “Berdoalah kepada Ku nescaya akan Ku makbulkan” (Ghaafir:60)



29. Belajarlah dari kisah semut dan anai-anai.

30. Ujian itu datang untuk menguji keimanan hati.

31. Allah (s.w.t) tidak akan menguji sesuatu yang tidak tertanggung oleh Manusia, kerana Allah (s.w.t) itu Maha Adil dan Saksama.



Nasihat Orang Melayu.

1. Berakit-rakit dahulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

2. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih

3. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

4. Untuk mencapai awan yang tinggi, kita tidak semestinya terbang, cukup dengan membina layang-layang.

5. Menjadi yang terakhir tidak semestinya kita gagal, kita harus bersyukur kerana kita juga berada di dalam kelompok itu.

6. Ikut rasa binasa, ikut hati mati (ikut iman kau akan tenang)

7. Kebaikan sering menjadi milik orang lain, walaupun pada hakikatnya orang lain melihat diri kita lebih beruntung daripada mereka.

8. Jadilah kamu padi makin tunduk makin berisi.

9. Jatuh ke ladang menjadi sumur, jatuh ke laut menjadi pulau

10. Manusia akan lebih mengingati keburukan yang dilakukan sekali, walaupun kita telah melakukan seribu kebaikan.

11. Membujur lalu melintang patah.

12. Hidup mesti diteruskan selagi hayat dikandung badan.

13. Kau adalah apa yang kau fikirkan

14. Kejayaan tidak akan datang bergolek.

15. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah

16. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya

17. Api tidak akan panas dengan hanya menyebut “Panas”

18. “Bila bermula tidak pandai berhenti, hanya maut penyudah diri”

19. “Hari pertama lahir kau sudah menangis, itu tanda hidup ini banyak dugaan”

20. Tidak salah toleh ke belakang untuk melihat berapa tinggi telah kita daki,supaya kita tidak tergelincir kaki.

21. Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merosakkan diri

22. Kalau bapa kencing berdiri anaknya kencing berlari

23. Bahagia datang dari hati bukan dari apa yang kau miliki.

24. Orang tamak selalu rugi.

25. Semua orang mengharapkan masa boleh undur supaya mereka menjadi baik, hakikatnya sekarang adalah masa terbaik untuk memulakan

26. Pentingkan yang lebih penting daripada yang penting.

27. Mengapa tunggu esok untuk berubah kerana esok bermula dengan hari ini.

28. Orang yang kaya ilmu tidak akan miskin harta.

29. Kalau sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan,

30. Buang yang keruh ambil yang jernih

31. Sedangkan lidah lagi tergigit

32. Bumi mana tidak ditimpa hujan.

33. Mengapa berat mengatakan maaf, sekiranya ia akan melegakan.

34. Ibu-bapa lembayung diri,menjadikan diri semakin besi

35. Lidah adalah harta sejati manusia.

Tuesday, March 23, 2010

Hadiah Untuk Aku..?

Someone hadiahkan lagu ini untuk aku.. Dah lama dy nak aku dengar..baru malam ni dapat dengar..best lagu nih.. dy kata lagu ni give a lot of meanings....lalalalala~


Lirik Lagu Suara (Ku Berharap) - Hijau Daun

Disini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba 'tuk hadapi semua ini
Meski tanpamu ouuw wooohh
Meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan

[#]
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu ouuw wooohh
Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Back to [#]

Ouuw wooohh...

Suara dengarkanlah aku

Hari ini lagi..

what am i thinking bout?? hari ni aku agresif n hyperaktf sket ngan suma org.. pelik pula dapat jadi macam hari ni..but thts y my name farah (hapy)..n that what shud i b.. em.. i think i have sumthin 2 write here but x taw la apa.. (*_*) semalam tido lewat..malam ni pun bakal tido lewat kwot.. alhamdulillah hari ni x jadi ujian amali gerko..sb member ada yang x brapa sihat.. so, dats y la..lagipun ktaorg suma lum lagi prepare sgt.. sminggu dah x prctice.. tb2 td lect bgtaw nak wat ujian.. but x jd lah.. ^_^

Monday, March 22, 2010

Kasihan..

belum sempat mengenali dunia pun dah menerima nasib sebegini..ditinggalkan tanpa rasa belas kasihan..apa nak jadi dunia sekarang ni?? si ibu tidak ada lagi rasa kasih sayang..apatah lagi si ayah??.. nak buat tu berani lah tanggung risiko.. knapa x guna akal fikiran sebelum buat sesuatu perkara? tgk apa dah jadi.. insan yang masih suci jadi mangsa.. isk.. (aku ni boleh dikatakan lepas tension migrain.. tgk harian metro td, tbc pulak brita ni..tambah migrain!! *_*)

IPOH: Menyedihkan apabila seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan menggigil kesejukan ketika hujan lebat selepas ditinggalkan dekat kawasan pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh, di sini, petang kelmarin.

KASIH...Omar mencium bayi yang ditemui dibuang dalam semak  semalam.
KASIH...Omar mencium bayi yang ditemui dibuang dalam semak semalam.

Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya masih bertali pusat ditinggalkan dalam semak di belakang sebuah pasar raya besar, di sini.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, bayi itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.


“Bayi ini dipercayai baru dilahirkan dan ketika dijumpai berada dalam keadaan pucat dan menggigil kesejukan kerana ditinggalkan dalam hujan lebat.

“Bayi ini juga ditemui dalam keadaan lemah akibat ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama sehingga tidak mampu menangis,” katanya.


Katanya, bayi malang itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan untuk rawatan sebelum tindakan lanjut diambil.


Bayi itu dilihat mengalami luka dan calar di muka dan kepalanya mungkin akibat dihurung semut.

Sementara itu, Timbalan Pengarah HRPB, Dr Rahimi Goon berkata, bayi itu dihantar ke hospital berkenaan kira-kira jam 8 malam.


“Pemeriksaan mendapati bayi itu sihat dan tidak mengalami sebarang komplikasi kesihatan dan kini ditempatkan di wad,” katanya selepas melawat bayi berkenaan bersama Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.


Bagi aku sendri, seseorang individu tu adalah dibentuk melalui emosinya sendiri. Aspek inilah sebenarnya yang lebih banyak mendorong untuk membangunkan jiwa individu dan masyarakat daripada intelektual. namun intelektual itu juga penting. Peradaban memang dibentuk oleh akal..namun jiwa peradaban sememangnya ditiangi oleh emosi. Emosi itulah yang mengajar kita menjadi makhluk..hmm.. jagalah dan peliharalah emosi anda daripada perkara negatif yang sememangnya wajib dibentengi.. semoga Allah sentiasa memelihara jiwa dan minda hambanya daripada godaan syaitan laknatullah...amiiinn~

Sehari Berlalu~

Alhamdulillah..sudah genap sehari aku kembali semula ke Kent.. Kepala dipenuhi dengan assignment yang bertimbun2..uhmm, tb2 migrain menyerang pula..sakit..baru aku tahu rasanya.. mood awal pagi memang sangat terganggu.. tp dengan sokongan dan telatah kawan2 yang menghiburkan, akhirnya aku ok semula..Alhamdulillah.. well~ have a nice sweet kuliah all over the tym.. ;')..
Go migrain~

Saturday, March 20, 2010

Yang Aku Rindui...

Alhamdulillah.... itu sahaja lafaz yang mampu aku ungkapkan setelah mendengar suatu bunyi yang mendorong aku untuk menoleh ke luar jendela.. ya... hujan yang aku rindui dah turun..(bukan band HUJAN ye)..he..
tepat jam 5.22pm td, rintik2 hujan mula kedengaran jatuh di atas zink rumah aku..ingatkan khayalan..sebab aku sangat2 merindui hujan selama ini.. dah dekat 2 bulan hujan x kunjung tiba..hanya doa mengiringi harapan.. dan hari ini, terbukti ALLAH tidak mensia-siakan doa hambanya.. Alhamdulillah..

Sedang aku mengarang sesuatu di sini, hujan masih menemani aku..alhamdulillah.. hujan kini membasahi bumi Keningau yang sebelum ni sangat gersang dan dahagakan nikmat hujan.. sebelum ni, aku sendiri dengan jelasnya dapat melihat banyak peistiwa kebakaran yang menghantui penduduk di Keningau ini.. bukanlah di bandar, tapi di kawasan2 yang kita sendiri perlukan untuk membekalkan oksigen dan pemandangan yang menyejukkan mata.. Alhamdulillah.... Hujan yang kita rindui telah kunjung tiba........

~Ya Rabb, syukr 'ala hadzihi ni'mati~ (^_^)

Aku Cuba Lupakan.....


Semalam aku dapat msg yg sdkit sbyk wat aku rasa bersalah.. myb itu keselesaan orang lain untuk berterus terang.. aku terima.. teguran 2 bole menyedarkan dan menuntut kita untuk memperbaiki kelemahan diri..pada aku..., pedihnya untuk berterus terang... aku kini lebih caring dengan perasaan stiap individu yang mengenali aku..biarlah terus terang itu hanya aku sahaja yang mengetahui.. sesetengah orang mungkin akan persoalkan knp x berterus terang..terus terang sahaja walaupun menyakitkan..namun.. bg aku.., sangat sukar.. terus terang yang aku maksudkan adalah mengenai sesuatu perkara yang kurang baik yang telah seseorang lakukan terhadap anda.. post moterm mayb baik..,tp sesetengah orang ada yang tidak mampu untuk menerimanya..wahhh!! aku semakin suka meluahkan isi hati dalam blog ni..haha! membebel apa pun xda feedback dari orang lain.. :-) btw, thanx kpd ssiapa sahaja yang mengenli diri aku.. melalui anda semua aku belajar pelbagai corak kehidupan yang setiap satunya berbeza2.. kalau boleh, skrg ni aku hanya ingin menyepikan diri................... aku tidak membenci dan tidak berdendam dengan siapa2 pun...Aku hanya perlukan sedikit ruang untuk menyepikan diri...aku mahu anda semua tahu.,semuanya aku terima apa adanya... siapalah aku untuk mengharapkan sesuatu yang lebih sempurna sedangkan diri sendiri tidak sempurna.. isk2... (*_*)....La Tahzan Ya Hawa~

Friday, March 19, 2010

Apa Nak Jadi..isH2..!


Apa nak jadi manusia sekarang ni.. tak berperikemanusiaan langsung.. dulu kita dah dikejutkan dengan isu 'child abuse' di negara kita sendiri hingga bawak maut.. Dan kesannya masih terasa hingga kini.. mana aku pergi still dengar isu 2 jugak.. mungkin isu lama..tapi kesannya merobek hati insan yang masih punya nilai kemanusiaan dan tolak ansur..hari ni, tgk je lar berita.. walaupun didapati penjenayah yang melakukan jenayah ni adalah orang asing, namun x mustahil kan boleh dilakukan dalam kalangan kita sendiri.. mayb dorg nak rasa dlu jenayah 2 dilakukan thdap dorg ataupun org2 yg dorg sayang baru nak insaf..ish2! xpatut btol! apa2 pun, ambik iktibar..bahaya ada di mana2..sentiasalah berdoa memohon perlindungan daripadaNya..amiin~


KUANTAN: Seorang wanita warga emas cedera dibelasah ketika hendak membuang air kencing suaminya dalam satu kejadian samun di Kampung Bukit Puas Sakti, Jerantut awal pagi semalam.

Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Superintendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, dalam kejadian 1.10 pagi itu, mangsa berusia 50-an membuka pintu belakang dapur rumahnya untuk membuang air kencing suaminya yang mengalami lumpuh sebelum didatangi empat lelaki bersenjatakan parang. "Salah seorang daripada mereka menutup muka mangsa dengan kain sebelum membelasahnya sehingga lebam di muka," katanya.


Beliau berkata, mangsa turut mengalami luka di bahagian leher, telinga dan tangan akibat terkena parang.


Katanya, tiga rakan lelaki terbabit kemudian memasuki rumah berkenaan dan mengumpul empat lagi anggota keluarga mangsa di dalam satu bilik sebelum menggeledah rumah itu.


Kesemua lelaki dipercayai warganegara Indonesia terbabit kemudian melarikan diri pada kira-kira pukul 3 pagi bersama wang tunai dan barangan berharga bernilai kira-kira RM4,000. -Bernama


JENAYAH MENINGKAT!!

SALAH SIAPA?????!!

HENTIKAN JENAYAH!!

KAMI MAHUKAN GENERASI BEBAS JENAYAH!

Thursday, March 18, 2010

Back 2 Normal..

At last...malam ni aku pelajari sesuatu berdasarkan episod yang sudah berlalu.. aku ingin menjadi lebih matang dalam menempuh kehidupan..sokongan insan2 di sekelilingku amat bermakna bagiku.. aku sedar aku bukan siapa2 mahu menentukan apa yang akan terjadi..segalanya di tangan yang maha Khalik..hmm,,dah2.. back 2 normal.. skg ni aku pasang assignment mode.. lpas cuti nt dah nak kena hantar..wahh..?hepinya.. (*_*)...

Bagi yang nak cemerlang KKP 2, boleh la singgah jap tgk2 tips yang aku sertakan kat bwh ni..sekadar perkongsian bersama. Semoga memberi manfaat..

Tips untuk menyiapkan sesuatu assignment/ tugasan dengan baik.

1. paling utama mesti memahami kehendak soalan serta arahan2 yang diberikan di dalam soalan mengikut format IPT masing2.. bimbang nanti, lain yang ditanya, lain pulak yang kita huraikan.

2. menepati kehendak soalan. kalau soalan kata jgn melebihi 15 muka surat, jgn pandai2 membuatnya sehingga 50 muka surat dgn hasrat kunun2nya boleh dapat markah extra. selain tu sila berikan perhatian terhadap, spacing, jenis dan saiz font yang diarahkan.

3. tengok deadlinenya betul2, supaya senang merancang proses kerja.

4. menyiapkannya mengikut kaedah penulisan akademik sebenar seperti menggunakan format APA (sila klik) utk menyediakan bibliografi kengkawan.

5. cover tugasan tu buat simple aje lah mengikut formality akademik. tak perlu guna macam2 kertas berbunga utk cover atau guna mcm2 artwork serta guna comb binding! kunun2 utk cantik la ya? hehehe…tak payah kecuali 'diarahkan'. yg penting isi. bahan ilmiah mana ada fancy2, just direct to the point! majalah utk remaja ok lah.

6. realistic & jangan membazir. bersederhana. maksudnya, bersikap rasional bahawa bahawa assignment kita tu bukan pemeriksa nak simpan pun… kita je yang syok sendiri. yang penting menepati kehendak soalan. seelok2nya binding 1 salinan utk personal berserta softcopy. nanti boleh jilidkan sebagai koleksi peribadi.

7. manfaatkan kemudahan IT spenuhnya termasuk digital library & website untuk document sharing. cuba explore betul2 kemampuan kita menjejak maklumat.

8. alignment hendaklah dijustifikasikan di sebelah kiri dan kanan assignment kengkawan supaya tugasan kelihatan kemas.

9. petikan (quotation) atau nota kaki wajib ada bagi menyokong hujah anda & mengelakkan tugasan kelihatan seperti plagiat.

10. jangan lupa isi kandungan di bahagian awal isi assignment kengkawan.

11. nombor muka surat seelok2nya diletakkan di bahagian bawah muka surat sama ada di sebelah kanan atau tengah.

12. patuhi saiz margin yang ditetapkan oleh pusat pengajian atau IPT anda.

13. gunakan system nombor yang konsisten untuk pembahagian setiap sub topic.

14. bagi soalan berbentuk essay, (sila klik) pastikan secara basicnya mengandungi pengenalan, beberapa isi perbincangan dan kesimpulan.

15. ‘bandingkan’ bermaksud kengkawan perlu menyatakan pro, contra dan suggestion.

16. check spelling, grammar & punctuation. bukan payah pun… guna spell ckecker kat word je!

selamat mencuba!!!

Hapuslah Air Matamu Wahai wanita...


Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

“Assalamualaikum,” satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.

“Waalaikumusalam,” jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

“Ain buat apa dalam bilik ni? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi.”

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan ‘abang’ dari bibirnya.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai ‘buah hati’ nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.

Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. “Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan?” ujarku.

“Ha’ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye?” Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.

Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

“Abang…..” aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

“Ya sayang…” Ahhh….bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.

“Abang… terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah.” Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

“Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya.”

“Insya Allah abang….Ain sayangkan abang.”

“Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.”

Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.

Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira’.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik!

Ahhh….dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

“Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.”

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

“Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.” Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.

Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

“Ain…..abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.”

“Apa dia abang?” tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. “Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri,” bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

“Abang ada masalah ke?” Aku cuba meneka.

“Tidak Ain. Sebenarnya……,” bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

“Ain……abang…..abang nak minta izin Ain……untuk berkahwin lagi,” ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

“A…..Abang…..nak kahwin lagi?” aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.

Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku.

Tanpa bicara, dia mengangguk. “Dengan siapa abang?” Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi….hatiku… hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

“Faizah. Ain kenal dia, kan?”

Ya, aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.

Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

“A….Abang……Apa salah Ain abang?” nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba mencari masih adakah cintanya untukku.

“Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain.”

“Tapi….Faizah. Abang juga sayang pada Faizah….bermakna…..sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi.”

“Ain…..sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah….Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.”

“Lagipun….abang lelaki Ain. Abang berhak untuk berkahwin lebih dari satu.”

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan, aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.

Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu, aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan…..ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada dalam keadaan demikian.

Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini, aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata, aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

“Oh Tuhan…berilah aku petunjukMu.” Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk suamiku? Untuk mengejar cintanya atau untuk mengejar redha Allah?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke atas ku untuk menguji keimananku, aku rela Ya Allah. Aku rela.

Biarlah… Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam, aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka, aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini, aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku menawarkan diri untuk merisik Faizah.

“Ain?……Ain serius?”

“Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah. Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain sendiri. Abang jangan risau…Ain jujur terhadap abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya mahu lihat abang bahagia,” ujarku dengan senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah dengan segala senang hati menerima undanganku.

Sememangnya aku bukanlah asing baginya. Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

“Izah……akak jemput Izah ke mari sebab ada hal yang akak nak
cakapkan,” setelah aku merasakan cukup kuat, aku memulakan bicara.

“Apa dia, Kak Ain. Cakaplah,” lembut nada suaranya.

“Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?”

“Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?” Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

“Pernah dia cakap dia sukakan Izah?”

“Sukakan Izah? Isyyy….tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni?”

“Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa cerita…….” Aku terdiam seketika. “Izah, kalau Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil Izah jadi isterinya, Izah suka?” Dengan amat berat hati, aku tuturkan
kalimah itu.

“Kak Ain!” jelas riak kejutan terpapar di wajahnya. “Apa yang Kak Ain cakap ni? Jangan bergurau hal sebegini Kak Ain,” kata Faizah seakan tidak percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

“Tidak Izah. Akak tak bergurau……Izah sudi jadi saudara Kak Ain?” ujarku lagi. Air mataku seolah ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah memandang tepat ke wajahku.

“Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain pastikah yang……Ustaz Harris…..mahu… melamar saya?”

Dari nada suaranya, aku tahu Faizah jelas tidak tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat permintaan seperti ini. Lantas, aku menceritakan kepada Faizah akan hasrat suamiku.

Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar penjelasanku.

“Kak Ain…..saya tidak tahu bagaimana Kak Ain boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya tak pernah menyangka saya menjadi punca hati Kak Ain terluka,” ujarnya sebak. Matanya ku lihat berkaca-kaca.

“Izah…Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak tahu, dia berhak dan mampu untuk melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk menguji keimanan Kak Ain.”

“Kak…maafkan Izah.” Dengan deraian air mata, Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang hanya wanita yang memahami hati wanita yang lain.

“Jadi…Izah setuju?” Soalku apabila tangisan kami telah reda.

“Kak Ain….ini semua kejutan buat Izah. Izah tak tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak Ain.”

“Soal Kak Ain….Izah jangan risau, hati Kak Ain…Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan akak sebenarnya gembira kerana Faizah pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `’

“Akak…..Izah terharu dengan kebaikan hati akak. Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa Izah dulu.”

“Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain akan cuba cakap pada ibu bapa Izah.”

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku. `Ya Allah…..inilah pengorbananku untuk membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya semata-mata demi redhaMu.’

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai dan bimbang jika dikata anak gadis mereka merampas suami orang.

Namun, aku yakinkan mereka akan kemampuan suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara suamiku dan Faizah diadakan jua.

“Ain…..abang minta maaf sayang,” ujar suamiku pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya dengan Faizah.

“Kenapa?”

“Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah lukakan hati Ain. Tapi….Ain sedikit pun tidak marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk abang. Abang terharu. Abang….malu dengan Ain.”

“Abang….syurga seorang isteri itu terletak di bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain. Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian Allah abang. `’

“Ain….Insya Allah abang tak akan sia-siakan pengorbanan Ain ini.
Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya. Abang cintakan Ain.”

“Tapi…abang harus ingat. Tanggungjawab abang akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat laksanakan tanggungjawab abang sebaik mungkin.”

“Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya.” Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka, aku menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat perit bagiku walau aku telah bersedia untuk menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih. Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah. Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin baru.

Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak. Merekalah teman
bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

“Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka abang balik ke?” ujarnya lembut.

“Ain rindu abang. Rindu sangat.” Tangisku makin menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia juga membalas dengan penuh kehangatan.

“Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman Ain. Boleh Ain senyum pada abang?” Lembut tangannya memegang daguku dan mengangkat wajahku.

“Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih rindu pada Ain?” Aku menduga keikhlasan bicaranya.

“Teman baru tidak mungkin sama dengan yang lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah, malah semakin sayang. Seminggu abang berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain, sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain, hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk abang.”

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami yang dulunya baik bertambah mesra. Apa tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat dekat di hati.

Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru dalam keluarga, sentiasa berlapang dada menerima teguranku. Katanya, aku lebih mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa berpesan kepada Faizah supaya sentiasa menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan kebahagiaan yang semakin bertambah apabila kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama, kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah, suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih sayangnya malah aku merasakan sayangnya padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-akan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-sama dengan Faizah. Rindu itu, aku ubati dengan zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya di rumah dengan menghabiskan masa bersama Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya. Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha Pencipta.

Soal anak-anak, aku tidak mempunyai masalah kerana sememangnya aku mempunyai pembantu rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma, sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah. Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah temankan mama. Anak-anakku suka bila mengetahui Faizah juga menjadi ‘ibu’ mereka. Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh…anak-anak kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah. Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku menyayangi seorang perempuan lain selain aku, memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni. Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah, insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia biasa. Tapi….. ku kikis segala perasaan itu. Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan suami.

Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih utuh buatku, aku sudah cukup bahagia. Dan aku yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah s.a.w

“Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia akan masuk ke dalam syurga.” (Riwayat-Tirmizi, al-Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu. Saban hari aku berperang dengan perasaan. Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa berperang antara kewarasan akal dan emosi. Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu. KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran. Walau bagaimanapun, aku amat bersyukur kerana suamiku tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian ini......Aku redha segalanya..

Wanita Dicipta Dari Tulang Rusuk?
















Dalam sebuah hadis yang sahih yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Jesteru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).

Adakah ayat ini bermaksud bahawa wanita secara umumnya dijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk lelaki? Sebenarnya,di dalam A-Quran Allah menyatakan dengan jelas manusia sebenarnya berasal dari nutfah (iaitu air mani yang sedikit) yang bercampur dengan benih wanita, kecuali nabi Adam yang berasal daripada tanah. Berhubung dengan ini dalam surah Al-Haj ayat 5 Allah menjelaskan “Wahai manusia apabila kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu dari tanah , dan kemudian daripada nutfah.

Oleh kerana kenyataan Al-Quran berhubung dengan kejadian manusia begitu jelas sekali, hadis tidak dapat mencanggahinya. Jesteru hadis ini, yang menyatakan wanita berasal dari tulang rusuk lelaki, tidak dapat ditafsirkan dari bentuk yang mencanggahi Al-Quran. Sebenarnya, fokus hadis ini bukannya berkenaan asal-usul kejadian wanita sebaliknya berkenaan kepentingan menghormati dan menjaga wanita dengan baik. Jesteru, di dalam kitab Riadus Solihin, Imam Nawawi meletakkan hadis ini di dalam bab ‘Wasiat Untuk Menjaga Kaum Wanita Dengan Baik’.

Di dalam kitab Dalilul Falihin, diriwayatkan bahawa Imam Qurtubi berkata, “Wanita dicipta dalam batas dan keadaan seperti tulang rusuk,” dan bukan dicipta dari tulang rusuk. Dalam bentuk kiasan ia bermaksud, tulang rusuk dalam bengkok adalah berbeza daripada tulang yang lain sebagaimana wanita berbeza dari kaum lelaki. Perbezaan ini mempunyai kepentingannya jesteru tulang rusuk tidak boleh dicaci kerana berkeadaan seperti itu kerana tanpanya manusia menghadapi masalah. Begitu juga dengan wanita, tanpanya kehidupan tidak sempurna. Kaum wanita adalah cantik dalam keadaan semulajadinya walaupun dalam aspek-aspek tertentu mereka berbeza dari kaum lelaki. Pihak lelaki perlu menerima wanita dengan sifat semulajadinya dan tidak boleh bersikap keras terhadap mereka. Mereka disuruh menghormati wanita dan bekerjasama bagi mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Wanita ada peranannya dan kadang kala peranan itu berbeza daripada kaum lelaki. Perbezaan peranan tidak melambangkan kehinaan.

Berbalik kepad isu berkaitan kejadian kaum hawa daripada tulang rusuk kaum lelaki, sebahagian ulama berpendapat hadis ini membicarakan berkenaan hawa secara khusus. Mengikut pandangan mereka, hawa berasal daripada tulang rusuk Adam. Antara ulama yang berpegang dengan pandangan ini ialah sahabat Abdullah Bin Abbas, Abdullah Bin Mas’ud, Imam Mujahid, Ibnu Al-Munzir, Ibnu Humaid dan ramai lagi. Namun, apabila Al-Quran dirujuk mengenai perkara ini, kita tidak menemui sebarang dalil yang menyokong pandangan ini. Sebagai contoh, berhubung dengan kejadian Hawa, dalam surah An-Nisa’ ayat 1 Allah menjelaskan dengan bermaksud, “Wahai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang mencipta kamu dari diri yang satu (iaitu Adam) dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (iaitu Hawa) dan daripada kedua-duanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” Dalam ayat ini dan yang seumpamanya kejadian hawa tidak langsung dikaitkan dengan tulang rusuk Nabi Adam.

Sebenarnya, Al-Quran lebih mementingkan supaya kualiti dan maruah wanita dipelihara dan tidak diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak. Dalam islam wanita dan lelaki adalah sama di sisi Allah sebagai hamba-hamba Allah. Sekiranya seorang wanita beriman dan beramal soleh dia diberi ganjaran yang tinggi dan diletakkan di tempat yang tinggi. Dalam surah Al-Imran ayat 195, Allah menyatakan yang bermaksud, “Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amalan orang yang beramal antara kamu baik dia lelaki ataupun wanita kerana sebahagian kamu adalah keturunan daripada sebahagian yang lain.”

Tambahan daripada itu, Allah tidak pernah menghina ataup un memuliakan makhluk-makhluknya berdasarkan jantinanya. Sebaliknya kemuliaan seseorang adalah berdasarkan ketakwaannya. Berhubung dengan ini, dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah menjelaskan, “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu,” Hal ini adalah utama untuk difahami dan dihayati.

Siapa lagi...


Mmg malang nasib aku skrg ni.. masalah dtg x hnti2.. smkin hari smkin bertambah masalah.. salah faham berkunjung tanpa diundang.. aku cuba kurangkan tapi knpa xda yg nk tlg aku kurangkan,..hanya tlg mnambahkan.. sesiapa sahaja yang nk menambahkan masalah aku..,silakan.. biar aku terus mcmni..mgkn kewujudan aku mmg x dinginkan.. siapa lagi yang mahu jauhkan diri dari aku...silakan..aku redha.. aku hanya mampu berdoa.. baik lagi aku lenyap dari dunia ini.. tiada lagi masalah yang aku fikirkan dan orang lain fikirkan..selesai..aku tidak diperlukan lagi....mungkin inilah yang patut aku terima.....Aku juga manusia biasa..tidak mampu bertahan sekiranya panahan kesakitan terarah dan menusuk tubuhku..semuanya selesai kalau aku lenyap dari dunia ini...........
'Ya Allah, Jika benar apa yang aku lakukan ini, KAU tunjukkanlah kebenaran kepada mereka..Jika salah apa yang aku lakukan ini, KAU berilah aku petunjuk dan hidayah..Ampunkanlah dosa2 ku, terima lah taubatku... Hanya KAU lah yang mendengar tangisan dan jeritan jiwaku di lorong sepi'

Maaf..??




Maaf? Biasa dengar perkataan ini kan? atau selalu menuturkan ungkapan ini? atau bosan dengan ungkapan ini? Selama aku hidup, aku sering mendengar orang kata 'tiada ungkapan terima kasih dan maaf dalam persahabatan apatah lagi dalam percintaan'.. betulkah? Waahh!! indahnya persahabatan, indahnya percintaan jika begitu kenyataannya..

Namun, melalui penglaman sendiri..,aku sering berjumpa dengan kata maaf ini.. Apakan tidak..setiap perlakuan aku, ada sahaja yang melukakan hati setiap pihak.. Oleh itu, ungkapan maaf juga lah yang mengiringi pembelaanku.. Sehingga membuat aku menjadi seorang pemaaf dan peminta maaf.. (mcm pelik pula kan?)..Pada aku, memang senang nak memaafkan tetapi melupakan..?? aduhh! pedihnya x tergambar.. Sejak semalam, aku telah menyalakan api kemarahan insan yang aku sayangi.. sampai sekarang bahangnya masih terasa.. dia belum bersedia untuk berhadapan denganku..Aku sedih..(T_T)..aku tunggu hingga dia bersedia..Tetap tunggu.. (seksanya penantian *_*) Aku menanti perbicaraannya untuk memaafkanku walaupun kata2 itu bukan bukti unggulnya perasaan..

Mungkin ungkapan maaf hanya lebih bermakna sekiranya aku 'tidak ada'.. Bila kehilangan sesuatu, barulah kita akan menyedari kehadirannya.. itulah manusia (termasuk Aku)..Andaikata dia terbaca ungkapan maafku ini, aku ingin dia tahu bahawa cara apakah lagi perlu untukku lakukan untuk zahirkan perasaan ini.. yang aku mampu hanyalah..'Aku minta Maaf'...




Ada Apa Dengan Cikgu??



PROFESION keguruan pada era mencabar ini tidak semudah seperti anggapan kebanyakan orang – kerjanya mudah, separuh hari dan cutinya panjang.


Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan negara.

Justeru, kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara, khususnya kegagalan guru itu sendiri.

Dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad ke-21, keperluan terhadap pembentukan akhlak mulia semakin mendesak. Ia kerana masalah sosial wujud selari dengan perkembangan ekonomi dan kepesatan kemajuan dunia.

Kegagalan membentuk masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini. Firman Allah bermaksud: “Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merosakkan mereka sebagai sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Surah ar-Rum, ayat 41)

Dalam hubungan ini, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi asas yang dilakukan oleh Rasulullah SAW iaitu dengan membentuk akhlak mulia.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia." (Hadis riwayat Ahmad dan Al-Hakim).

Dan penjelasan Baginda dalam hadis yang lain bermaksud: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik." (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan teladan baik. Guru perlu memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga. Mereka juga perlu bersikap suka membantu dan membimbing serta berperanan sebagai role model kepada pelajar.

Kehadiran alaf baru yang diwarnai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia, amat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat. Ia bukan saja memberi kesan terhadap pembinaan minda generasi muda, malah mencorakkan gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka.

Pendidikan tidak dibatasi dengan meletakkan guru sebagai fasilitator semata-mata. Konsep fasilitator dalam konteks budaya bestari mesti mampu menghubungkan kemajuan teknologi sebagai alat.

Kandungan maklumat pula mesti mampu membangunkan sahsiah. Aspek keinsanan seperti hubungan guru dengan murid mesti dalam konteks guru sebagai model contoh yang memberikan imej teladan.

Pembentukan ciri seseorang guru yang amat berkesan perlu ditekankan. Ia boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:

Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan

Guru mesti seorang yang berwawasan dan menyintai pekerjaannya. Mereka perlu bersikap positif dan yakin dalam apa yang dilakukan, di samping sabar menerima kenyataan biarpun pahit untuk ditelan.

Guru hendaklah membimbing dan menunjuk ajar bukan saja anak didik, malah rakan sejawat.

# Ciri mengajar memberikan hasil.

Guru perlu menerapkan aspek 'dengannya' (with-it-ness) dalam apa juga yang dibuat atau muridnya mesti buat.

Mereka juga perlu mempunyai gaya tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya dan undang-undang.

Guru juga perlu memiliki kepakaran memotivasi dan berkesan dalam penyampaian pengajaran serta pembelajaran.

# Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.

Guru perlu suka membaca dan mempunyai mental life segar, berkembang serta bersifat self-actualization dengan minda yang sihat serta terbuka. Melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh, di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak.

Sungguhpun masyarakat menyedari pentingnya tanggungjawab guru, tugas mendidik sepenuhnya dalam konteks pendidikan sepanjang hayat amat tidak wajar diserahkan 100 peratus pada guru.

Selain komitmen yang dituntut daripada guru, ibu bapa, ahli masyarakat dan pihak kepemimpinan pada semua peringkat sewajarnya berganding bahu bagi menghasilkan peribadi insan cemerlang. Ia bukan sekadar untuk kejayaan di dunia, malah akhirat.

Tugas guru mulia dan disanjung tinggi kedudukannya dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka dia mendapat pahala orang yang mengamalkan ilmu itu, pahalanya tidak kurang sedikit pun daripada pahala orang itu." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Said Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: “Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya.”

INTI PATI
# Kegagalan masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan negara.

# Antara cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah dengan teladan baik.

# Guru mesti berwawasan dan menyintai pekerjaannya.

# Guru perlu memiliki kepakaran memotivasi dalam penyampaian pengajaran.

Padam Lagi Sebuah Pelita


tantawi

Innalillahi wainna ilaihi Rajiun :pouty:

Syeikhul Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi Pada 10 Mac lalu.

Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh – ibu negara Arab Saudi – selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar – pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

“Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam,” katanya.

Best~


Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi

Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah

Jika dia benar untukku

Dekatkanlah hatinya dengan hatiku

Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi

Apakah dia kan kumiliki

Tidak sekali dinodai nafsu

Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Jika dirinya bukan untukku

Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Hari ini..

Hari ini.., aku tersedar dari tidur pada jam 7.30am..hmm, dah lewat sebenarnya..kalau kat ip, aku bangun kul 5am or 5.30am lg.. (roomate kejut.dy mmg awal bangon..). Hari ini aku masih fenin seperti semalam.. nak bwat ape er? KKP dah la menggunung lagi.. ada 3 lagi aku tak tgk langsung.. mood cuti ni pn selalu terganggu..kalau cuti sepatutnya cuti la.. bukan tym nk wat assignment2 ni sume.. tp salah aku jugak..suka tangguh keja tym kt ip dulu..weehh..! (*_*).. Aku tak sarapan lagi.. sebelum tu aku nak kongsi satu citer ni.. citer pasal usia yang setiap detik ditinggalkan oleh manusia tanpa disedari. Usia merupakan harta yang tidak ternilai harganya. Usia ni aku anggap seperti pelaburan yang panjang dan mahal. Tak kiralah pelaburan tu kita gunakan untuk kehidupan di dunia mahupun akhirat.

Dunia ni pentas lakonan..manusia adalah pelakonnya dan Allah adalah pengadilnya dengan dibantu oleh krew2 malaikat yang lain. Directornya pula adalah hati dan akal fikiran manusia yang mencorakkan lakonannya. Panjang angan2 adalah fitrah manusia. corak pelaburan yang harus dilakonkan adalah yang dapat meenguntungkan kita di akhirat kelak. Maknanya, dengan sedikit pelaburan usia, kita sudah mampu mendapat pelbagai manfaat daripada pelaburan itu dalam jangka masa yang panjang.

Berusaha, berdoa dan bertawakal lah. Hidup ini adalah suatu pelaburan yang amat berisiko tinggi. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di sepanjang perjalanan yang panjang ini. Oleh itu kita memerlukan bantuan, pertolongan dan jaminan dari yang maha perkasa. Ingatlah kata-kata ini:

"Jika hidup pasti mati, Jika Mati tak hidup lagi, takut mati jangan hidup, takut hidup mati saja, hidup hanya sekali, gunalah dengan bererti"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...