Friday, April 16, 2010

Tahu....tapi buat2 tak tahu....

Ada orang tahu..dan dia terus tahu ape yg dia buat..ada org tak tahu dan memang tak tahu..ada orang tahu,tapi buat2 x tahu..ada org tak tahu tapi buat2 tahu..hmm.. apa bezanya?? pasti ada beza kan..? setiap org adalah sama tapi x serupa.. rambut sama hitam,hati lain2.. so, tpulang kpd kta cmana nk tahukan diri kita..btol x? cmana pulak dengan orang yang tak tahu n x nak tahu??hmm..mcm2 je..
jom tgk2 ulasan ni..:

2 kumpulan tahu tak tahu:

1. kumpulan orang yang Tahu bahawa dia tahu;
2. kumpulan orang yang belum tahu

1. kumpulan orang yang tahu bahawa dia tahu - terbahagi 2,

a) orang yang mengetahui, dia tahu dirinya tahu, dan sedar akan pengetahuannya bukanlah sekadar persangkaan,

b) orang yang tidak tahu, bahawa dia tahu, apabila kita menyatakan kebenaran kepada nya, baru dia tersedar, jenis ini kita kena sampaikan nasihat kebenaran, semoga dia mendapat kesedaran..


2. kumpulan orang yang belum tahu - terbahagi 2,

a) orang yang tahu bahwa dia belum mengetahui, lalu mahulah dia bertanya, dan belajar, jenis ini bukan JAHIL. malah manusia itu secara berterusan, meningkat dari belum tahu kepada mengetahui, semuga terhindar dari persangkaan,

b) orang yang Jahil, sudah lah belum mengetahui yang dirinya belum tahu, tetapi menyangka dia tahu, lalu menghamburkan kata kata, menunjukkan kejahilan diri. jenis Bodoh Sombong.

JAHIL yang paling teruk ialah: sudah tahu tetapi enggan mengakui kebenaran itu, lalu menyangka bahawa dirinya benar seperti kelakuan Abu Jahal (kenal ke??).

kenapa Abu Jahal?

Ini kerana, sebelum Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul Allah, dirinya sudah dapat gelaran 'al-amin' yang rata-ratanya sudah diketahui oleh masyarakat arab jahiliyyah. Tak syak lagi, Muhammad seorang yang BENAR.
setelah Nabi Muhammad menerima wahyu, baginda telah ditentang habis-habisan oleh Abu Jahal yang enggan menerima kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW..

So..nak ke jadi macam Abu Jahal yang jahil..??? Aku x nak...!

mengapa boleh wujud sifat JAHIL, mengapa boleh ada sifat Tak Tahu, dalam diri seseorang itu?

setiap anak adam, lahir dalam firah kebaikan, iaitu selepas mengakui kepada Allaah:
Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,


"Bukankah Aku tuhan kamu?"
Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". ( Quran 7:172)
...............
..... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada dirimu kepada kejahatan kecuali ada keinginan diri sendiri ke arah itu ...........

Pada waktu setelah baligh dan berakal, seharusnya manusia itu memimpin diri sendiri. sejak azali lagi, kita sudah dibekalkan oleh Allah tentang pengenalan kepada DIA - ...rujuk kepada Quran 7:172

kita kembali kepada cerita ABU JAHAL - semasa hidupnya, dia sudah mengenali Muhammad bin Abdullah, iaitu anak saudaranya, yang yatim piatu, kemudian tak pernah bercakap bohong, dikenali masyarakat setempat dengan gelaran al-amin. Namun setelah Muhammad bin Abdullah mengaku menjadi Rasul utusan Allah, bermulalah episod penentangan ( Pilihan sendiri)

melalui cerita tu, kita lihat, tabiat awalnya mengetahui, kebenaran peribadi Muhammad ibni Abdullah,
tetapi kemudiannya memilih untuk menentang, ( Tak Mahu ) kebenaran. lekatlah sifat itu pada dirinya...menjadi abu jahil, abu jahal. ITU sifat yang tak baik, Janganlah ikut ye...kan lebih elok jadi seperti kita, tak tahu pun bagaimana Muhammad, tak tahu pun rupanya, sifat keperibadiannya, tetapi.......kita mahu belajar, membaca, menjadi murid berguru, sehingga kita mengetahui sesuatu itu dan memanfaatkannya.. Sifat diri sebelum mengetahui, hendaklah , sentiasa bersedia untuk belajar.
Kerana Pelajaran dari Allah sentiasa hadir, dalam bentuk pelbagai peluang pertemuan dengan makhlukNya.

kita hendaklah memandu diri keluar dari masa belum mengetahui, bergerak ke hadapan, untuk sampai kepada masa mengetahui, menyakini pengetahuan iaitu yakin kepada Allaah dan mengamalkan ajarannya agar selamat dunia dan akhirat... InshAllah...


Aku pun masih kurang arif dalam pelbagai perkara..Mohon tunjuk ajar ye sahabat2 sekalian..~


Barokallahu Fiik~ ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...