Tuesday, November 9, 2010

pesanan ringkas je...

salam..pe khbr lagi? hehe..aq ni asyik tanya khabar je kan.. xpe entry lain nanti aq bagi soklan banyak2 lagi..malam yang sejahtera tanpa ditemani bintang2 dan rintihan hujan ni aq nak share something lah kat readers..boley kan?

entry ni senang je.. pasal bnde yang slalu kita alami..tapi susah nak diungkapkan dengan perkataan..hanya kata hati lah kowt yang memahaminya..cintan cintun..normal lah kan..saje je nak post.. kowt2 ade mane2 yg nak ambik iktibar or panduan, aq on je.. baiklah, straight 2 da point..entry ni aq post lpas bce 1 buku tuh.. n aq nak lah simpulkan berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat oleh hencik pengarang...enjoy..~


ni just pesanan ringkas kepada manusia2 yang hatinya belum pernah, akan pernah, sedang pernah dan telah pernah disapa oleh sang cinta..hehe~ (byk la ko punye pernah)..

Bagi yang masih SOLO
urmm..nak kata ape er, cinta ni kita ibaratkan macam kupu2..makin dikejar,makin pulak dy nak terbang jauh2..(tp yg terer tangkap 2 dapatlah kan..uhuk2..)..tapi kalo kita biarkan je rama2 tuh terbang, mesti nanti dy pulak nak dtang dekat2 pada saat yang terduga kan..?kan..? cinta tuh boleh membahagiakan di samping menyakitkan..tapi cinta tuh akan jadi istimewa apabila kita berikan kepada yang selayaknya..so, tenang2 aja yaa..jangan terburu2 n pilihlah yang terbaik...

Bagi yang ragu-ragu dengan perkahwinan (eh ko xnak kawen ke..?)
Kalau dapat cinta, ianya tak semestinya menjadikan seseorang tu sempurna.. tapi cinta itu adalah perkara yang menemukan seseorang yang dapat membantu dirinya berusaha ke arah kesempurnaan..

Bagi yang dah berumah dan bertangga.. (berkahwin laa..)
Kalau lah memang cinta, please jangan pernah katakan "ini semua salah kamu!" kat psangan u all..tapi katakanlah "maafkan aku.."..bukan sedap2 je nak kata "cubalah awak jadi macam ni" tapi katakanlah "terima kasih,kau begitu seadanya".. =) tak salah nak romantik2 sampai ke tua.. Rasulullah pun ada tunjukkan caranya kan..

Bagi yang patah hati
Tahu tak kesakitan di hati anda tuh akan bertahan selama mana anda nak ianya bertahan dan akan menghiris-hiris kelukaan tuh selama mana anda membiarkannya. Menentangnya bukanlah cara yang terbaik untuk mengatasi tapi try lah amik pengajaran n hikmahnya k..

Bagi yang belum pernah jatuh cinta
eh, ko nak lari p mana tuh..??! mai sini dengar ni..ko ingat ko bole lari ek..hehe.. bagi anda, kalau nak jatuh, jatuh lah..(bukan jatuh tangga,or beskal or pa pe k).. tapi jangan sampai terjerumus..wat rilex je..n kalau memang nak jatuhkan diri tuh, bersedialah untuk terluka dan menderita bila perlu..

Bagi yang nak gila kuasa
Rasa-rasanya anda rasa ape kalau orang yang anda cintai tuh lagi bahagia dengan orang lain daripada anda? urrmmm, camane pulak kalau anda tahu bahawa sememangnya orang yang anda cintai tuh tak bahagia bersama anda? mana lagi sakit ek? jangan lah menguasia sangat..tolak ansur n bersikap adil kan lagi elok...

Bagi yang takut mengakui
Cinta memang menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan orang tuh..tapi lagi sakit kalau orang tuh yang memutuskan hubungan dengan kita.. opss! nak tahu pe lagi sakit? lagi sakit kalau orang yang dicintai tuh tidak tahu perasaan cinta anda kepadanya..isk2...

Bagi yang jenis Playboy/Playgirl
Don't say "I LOVE U" when u don't ever think about it.. jangan lah cakap pasal perasaan tuh kalau memang xde kan.. jangan sentuh hidup seseorang kalau just nak mematahkan hati dy.. Perkara paling kejam dalam soal ni ialah apabila anda membuat seseorang itu jatuh cinta kat anda, namun sebenarnya anda langsung not interested nak trima cintan nya bila dy dah terjatoh..(=.=") adoi..sakitnyaa..

well, dats all..harap sdikit sbnyk dapat memberikan inspirasi..ceewaaahhh..haha..
k, chaw sin chii.. salam aleyk~

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(surah Yusuf : 87)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. cintai cinta seadanya,jangan diharapkan yang lebih dari cinta..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...