Monday, September 13, 2010

HADIS ke 20

عن ابي مسعود عقبة الأنصاري البدري رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (( ان مما ادرك الناس من كلام النبوة الأولى: اذا لم تستح فاصنع ما شئت.))

رواه البخاري))

Maksudnya:

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.


Pokok Perbincangan Hadis :

1) Sifat malu merupakan akhlak para nabi Allah dan malaikat (warisan para nabi).


2) Makna suruhan dalam hadis :

Suruhan sebagai tahdid (kecaman) – sehingga dibayangkan balasan dunia atau akhirat. Selain itu, hadis ini juga merupakan suruhan terhadap perkara yang harus iaitu pilihan yang perlu dibuat sama ada seseorang itu mahu melakukan sesuatu perkara tersebut ataupun tidak.Maka sifat malu akan menjadi benteng bagi diri seseorang untuk menjauhi perkara-perkara maksiat.


3) Malu terbahagi dua iaitu malu yang boleh diusahakan seperti usaha untuk mengenal Allah dan merasai muraqabah Allah, sehingga menimbulkan perasaan malu ataupun rasa rendah diri dalam diri kita jika hendak melakukan perbuatan yang mungkar. Apabila seseorang hamba itu mengenali penciptanya, maka perasaan malu akan terbit dalam dirinya terhadap Tuhannya bagi menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah.

Malu yang kedua ialah malu yang tidak boleh diushakan iaitu fitrah yang diberikan Allah kepada sesiapa yg dikehendakinya.


4) Malu yang dicela dalam agama Islam adalah malu yang tidak menepati syarak seperti malu bertanya tentang agama sehingga menyebabkan diri seseorang itu beribadat dalam keadaan jahil.


Pengajaran hadis:

Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat. Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan. Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah. Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...